← Mercu tanda di Mauritius · Panduan bandar dan peta
Aapravasi Ghat
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · Español
Jawapan ringkas
Apakah Aapravasi Ghat?
Aapravasi Ghat ('Depot Imigresen') ialah sebuah kompleks bangunan yang terletak di Port Louis, Mauritius, tanah jajahan British pertama yang menerima tenaga buruh kontrak dari pelbagai negara.
Di manakah Aapravasi Ghat?
Di Mauritius, pada koordinat -20.1586, 57.5031.
Kisahnya
Aapravasi Ghat ('Depot Imigresen') ialah sebuah kompleks bangunan yang terletak di Port Louis, Mauritius, tanah jajahan British pertama yang menerima tenaga buruh kontrak dari pelbagai negara. Dari 1849 hingga 1923,seramai setengah juta buruh Kontrak India melalui Depot Imigresen, sebelum dihantar ke ladang-ladang di seluruh Empayar British . Penghijrahan buruh secara besar-besaran meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan dalam masyarakat banyak bekas koloni British, dengan orang India membentuk sebahagian besar daripada populasi negara-negara tersebut. Di Mauritius sahaja, 68 peratus daripada jumlah penduduk semasa adalah berketurunan India . Oleh itu, Depot Imigresen telah menjadi titik rujukan penting dalam sejarah dan identiti budaya Mauritius. Pembangunan infrastuktur yang tidak terkawal pada pertengahan abad ke-20 menyebabkan hanya baki sebahagian daripada tiga bangunan batu daripada keseluruhan kompleks masih wujud. Bangunan-bangunan ini kini dilindungi sebagai monumen kebangsaaan di bawah undang-undang warisan nasional Mauritius.
Berdekatan di Mauritius
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.