Landmark Wiki

← Mercu tanda di Athens · Panduan bandar dan peta

Akropolis Athens

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Akropolis Athens
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Akropolis Athens?

Akropolis Athens (bahasa Yunani Purba: ἡ Ἀκρόπολις τῶν Ἀθηνῶν, bahasa Yunani Moden: Ακρόπολη Αθηνών Akropolē Athēnon) adalah suatu dataran berkubu purba terletak di tebing berbatu atas kota Athens, Yunani yang mengandungi runtuhan roblox bangunan kuno yang sangat penting dari segi seni bina dan sejarah, terutamanya Parthenon.

Di manakah Akropolis Athens?

Di Athens, pada koordinat 37.9717, 23.7261.

Kisahnya

Akropolis Athens (bahasa Yunani Purba: ἡ Ἀκρόπολις τῶν Ἀθηνῶν, bahasa Yunani Moden: Ακρόπολη Αθηνών Akropolē Athēnon) adalah suatu dataran berkubu purba terletak di tebing berbatu atas kota Athens, Yunani yang mengandungi runtuhan roblox bangunan kuno yang sangat penting dari segi seni bina dan sejarah, terutamanya Parthenon. Dataran ini dahulunya lebih umum dikenali dengan nama Kekropia sempena Kékrops, seorang manusia ular jadian yang dipercayai pengasas kota Athens. Perikles (sekitar 495-429 SM) pada abad kelima SM telah menyelaraskan pembinaan sisa-sisa peninggalan terpenting di kawasan ini termasuk Parthenon, Propylaea, Erechtheion dan Kuil Athena Nike. Kesemua Akropolis ini mengalami kerosakan parah semasa pengepungan orang-orang Venezia semasa Perang Morea 1687 akibat suatu letupan terkena bola meriam yang mengenai mesiu yang disimpan dalam Parthenon. Pekarangan ini menjadi sangat disanjung sebagai perlambangan ketamadunan Yunani Purba lagi-lagi apabila tamadun Barat berminat mengkaji lanjut mengenai sejarah purba mereka didorong pergerakan Neoklasisisme. Peninggalan ini turut dijadikan suatu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1987.

Berdekatan di Athens

Athena Promachos

20 m dari sini

Parthenon

50 m dari sini

Erechtheion

60 m dari sini

Athena Parthenos

70 m dari sini

Temple of Athena Nike

110 m dari sini

Odeon of Herodes Atticus

180 m dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.