← Mercu tanda di Oslo · Panduan bandar dan peta
Kubu Akershus
Bahasa lain: English · 日本語 · Bahasa Indonesia · Español
Jawapan ringkas
Apakah Kubu Akershus?
Kubu Akershus (Bahasa Denmark: Akershus Festning) telah dibina untuk mempertahankan Oslo, ibu kota Norway.
Di manakah Kubu Akershus?
Di Oslo, pada koordinat 59.9067, 10.7361.
Kisahnya
Kubu Akershus (Bahasa Denmark: Akershus Festning) telah dibina untuk mempertahankan Oslo, ibu kota Norway. Pada ketika itu terdapat dua kubu yang penting di Norway, Tønsberg dan Båhus. Akershus dibina untuk menggantikan Tønsberg oleh Raja Håkon V pada lewat 1290an selepas kejadian serangan orang besar Norway Count Alv Erlingsson dari Sarpsborg ke atas Oslo. Pertama kali Akershus digunakan untuk bertahan apabila ia diserang oleh orang besar Sweden duke Erik dari Södermanland pada tahun 1308, yang pada tahun yang sama berjaya memenangi takhta Sweden. Kedudukannya yang berhampiran dengan laut adalah ciri yang utama kerana kekuatan tentera laut adalah amat penting disebabkan kebanyakan perdagangan Norway pada ketika itu adalah melalui laut. Dari segi strategi kubu ini adalah sangat penting bagi ibu kota dan dengan itu penting bagi Norway juga. Sesiapa yang menakluk Akershus dia juga memerintah Norway. Kubu ini telah berjaya bertahan dari banyak serangan terutamanya dari tentera-tentera Sweden. Pada awal abad ke 17, kubu ini mendapat rupa istana setelah dimodenkan dan diubahsuaikan semasa pemerintahan Raja Christian IV.
Berdekatan di Oslo
Norway's Resistance Museum
140 m dari sini
Astrup Fearnley Museum of Modern Art
460 m dari sini
Rådhusplassen
510 m dari sini
Nobel Peace Center
620 m dari sini
National Museum of Norway
680 m dari sini
Grand Hotel
810 m dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.