← Mercu tanda di Jaipur · Panduan bandar dan peta
Muzium Albert Hall
Jawapan ringkas
Apakah Muzium Albert Hall?
Muzium Albert Hall (juga dikenali sebagai Muzium Kerajaan Pusat) merupakan sebuah muzium di bandaraya Jaipur di negeri Rajasthan, India.
Di manakah Muzium Albert Hall?
Di Jaipur, pada koordinat 26.9118, 75.8195.
Kisahnya
Muzium Albert Hall (juga dikenali sebagai Muzium Kerajaan Pusat) merupakan sebuah muzium di bandaraya Jaipur di negeri Rajasthan, India. Bangunan ini terletak di dalam kawasan Taman Ram Niwas dan ia adalah contoh yang baik untuk senibina Indo-Saracen. Direka oleh jurutera berketurunan Inggeris, Sir Samuel Swinton Jacob dan dibuka sebagai muzium awam pada tahun 1887. Antara koleksi artifak yang tersimpan dalam muzium ini adalah lukisan, permaidani, patung logam dan kristal yang berwarna-warni. Pada asalnya, Maharaja Ram Singh ingin menjadikan muzium ini sebagai dewan bandar tetapi penggantinya, Madho Singh II, memutuskan supaya ia dijadikan sebagai sebuah muzium untuk kesenian Jaipur dan dimasukkan sebagai sebahagian daripada Taman Ram Niwas yang baru. Nama bangunan ini diambil sempena nama Raja Edward VII (turut dikenali sebagai Albert Edward) yang pernah berkunjung di Jaipur sebagai Putera Wales ketika itu. Batu asas bangunan muzium ini diletakkan oleh beliau pada 6 Februari 1876.
Berdekatan di Jaipur
Diggi Palace
720 m dari sini
Raj Mandir Cinema
1.0 km dari sini
Jantar Mantar
1.5 km dari sini
Hawa Mahal
1.5 km dari sini
City Palace
1.6 km dari sini
Rambagh Palace
1.9 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.