← Mercu tanda di Athens · Panduan bandar dan peta
Athens
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Athens?
Athens (bahasa Yunani: Αθήνα, Athína) ialah ibu kota serta bandar raya terbesar negara Yunani dan tempat asal demokrasi.
Di manakah Athens?
Di Athens, pada koordinat 37.9842, 23.7281.
Kisahnya
Athens (bahasa Yunani: Αθήνα, Athína) ialah ibu kota serta bandar raya terbesar negara Yunani dan tempat asal demokrasi. Kota yang dinamai sempena nama dewi Athena berdasarkan mitologi ini ialah salah sebuah bandar raya yang tertua di dunia, dengan sejarah tercatat sekurang-kurang 3,000 tahun. Pada hari ini, ibu kota ini merupakan sebuah metropolis kosmopolitan yang sibuk, dengan jumlah penduduk bandar sebanyak 3.1 juta orang dan jumlah penduduk metropolitan sebanyak 3.7 juta. Kawasan metropolitan Athens merupakan pusat ekonomi, kewangan, perindustrian, kebudayaan, dan politik di Yunani. Dengan cepatnya, bandar raya ini juga telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang utama di dalam Kesatuan Eropah. Keluasan kawasan bandar raya yang betul-betul adalah 39 km², manakala aglomerasi bandar Athens ialah 412 km². Athens Kuno merupakan sebuah negara kota yang sangat kuat serta pusat pembelajaran yang terkenal, dan adalah tempat asal Akademi Plato dan Lyceum Aristotle. Ia dirujuk secara meluas sebagai tempat bermulanya peradaban Barat, disebabkan sebahagian besar oleh kesan pencapaian kebudayaan dan politiknya semasa abad ke-5 SM dan ke-4 SM pada Benua Eropah yang diketahui pada masa itu.
Berdekatan di Athens
National Archaeological Museum
660 m dari sini
Hadrian's Library
970 m dari sini
Stoa Poikile
980 m dari sini
Metropolitan Cathedral of Athens
1.0 km dari sini
Stoa of Attalos
1.1 km dari sini
Menara Angin
1.1 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.