Landmark Wiki

← Mercu tanda di Belize · Panduan bandar dan peta

Terumbu Sawar Belize

siri terumbu karang yang merentangi pesisir pantai Belize

Bahasa lain: English · 中文 · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español

Terumbu Sawar Belize
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Terumbu Sawar Belize?

Terumbu Sawar Belize ialah satu siri terumbu karang yang merentangi pesisir pantai Belize, kira-kira 300 meter (980 ka) di luar pesisir di utara dan 40 kilometer (25 bt) di selatan dalam batas negara.

Di manakah Terumbu Sawar Belize?

Di Belize, pada koordinat 17.3156, -87.5344.

Kisahnya

Terumbu Sawar Belize ialah satu siri terumbu karang yang merentangi pesisir pantai Belize, kira-kira 300 meter (980 ka) di luar pesisir di utara dan 40 kilometer (25 bt) di selatan dalam batas negara. Terumbu sawar ini merupakan bahagian sepanjang 300 kilometer (190 bt) daripada 900 kilometer (560 bt) Sistem Terumbu Karang Mesoamerika, yang bersambungan dari Cancún di hujung timur laut Semenanjung Yucatán melalui Riviera Maya dan turun hingga Honduras, menjadikannya sistem terumbu karang kedua terbesar di dunia selepas Terumbu Sawar Besar di Australia. Terumbu Sawar Belize merupakan destinasi pelancongan utama di Belize, terkenal dengan selam skuba dan permukaan, yang menarik hampir separuh daripada 260,000 pengunjungnya. Ia juga penting kepada industri perikanan negara. Charles Darwin menggambarkannya sebagai "terumbu karang yang paling luar biasa di Hindia Barat" pada tahun 1842. Selain daripada terumbu sawarnya, ia juga mempunyai tiga atol Caribbean yang berbeza: Atol Turneffe, Terumbu Glover dan Terumbu Lighthouse.

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.