← Mercu tanda di Ottawa · Panduan bandar dan peta
Muzium Perang Kanada
Bahasa lain: English
Jawapan ringkas
Apakah Muzium Perang Kanada?
Muzium Perang Kanada (bahasa Inggeris: Canadian War Museum; Perancis: Musée canadien de la guerre) adalah muzium kebangsaan sejarah ketenteraan Kanada.
Di manakah Muzium Perang Kanada?
Di Ottawa, pada koordinat 45.4172, -75.7172.
Kisahnya
Muzium Perang Kanada (bahasa Inggeris: Canadian War Museum; Perancis: Musée canadien de la guerre) adalah muzium kebangsaan sejarah ketenteraan Kanada. Terletak di Ottawa, Ontario, muzium ini melitupi keseluruhan sudut ketenteraan Kanada yang lalu, daripadarekod kematian pertama oleh keganasan bersenjata dalam sejarah Kanada beberapa ribu tahun dahulu sehingga pembabitan terbaru Kanada dalam pertelingkahan. Ia termasuk pameran kekal utama berkenaan perang yang berlaku di tanah Kanada, perang menyeluruh pada abad ke dua puluh, Perang Dingin dan operasi menyokong keamanan di luar negara, dan sejarah Kanada mengingat dan menghargai. Terdapat juga kawasan simpanan terbuka memaparkan objek besar dari himpunan Muzium, dari meriam laut besar kepada kereta kebal, dari motorsikal ke kapal terbang jet. Pameran menunjukkan sejarah ketenteraan Kanada masa lalu dari segi peribadi, kabangsaan, dan antarabangsa, dengan penekanan khusus pada pengalaman manusia semasa perang dan cara perang terjejas dan dijejaskan melalui pembabitan Kanada. Kebanyakan ruang pameran awam Muzium dikhususkan bagi Galeri Pengalaman Kanada ("Canadian Experience Galleries"), ia merupakan ruang pameran utama.
Berdekatan di Ottawa
National Holocaust Monument
210 m dari sini
Chaudière Bridge
440 m dari sini
Memorial to the Victims of Communism (Canada)
660 m dari sini
Bank of Canada Museum
1.2 km dari sini
St Patrick's Basilica
1.3 km dari sini
Canadian Children's Museum
1.5 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.