Landmark Wiki

← Mercu tanda di Vietnam · Panduan bandar dan peta

Kubu kota Dinasti Ho

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español

Kubu kota Dinasti Ho
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Kubu kota Dinasti Ho?

Kubu kota Dinasti Ho (Vietnam: Thành nhà Hồ, chữ Nho: 城茹胡; juga dipanggil istana Tây Đô/西都 atau istana Tây Giai) merupakan sebuah kubu batu abad ke-15 di Thanh Hóa, Vietnam.

Di manakah Kubu kota Dinasti Ho?

Di Vietnam, pada koordinat 20.0781, 105.6047.

Kisahnya

Kubu kota Dinasti Ho (Vietnam: Thành nhà Hồ, chữ Nho: 城茹胡; juga dipanggil istana Tây Đô/西都 atau istana Tây Giai) merupakan sebuah kubu batu abad ke-15 di Thanh Hóa, Vietnam. Ia berfungsi sebagai ibu kota barat bagi dinasti Hồ (1398–1407) selain menjadi pusat politik, ekonomi, dan budaya yang penting dari abad ke-16 hingga ke-18. Ia terletak di komun moden Tây Giai, Daerah Vĩnh Lộc, di Wilayah Thanh Hóa, dalam wilayah Pantai Tengah Utara Vietnam. Pada tarikh 27 Julai 2011, UNESCO bersetuju untuk mendaftarkan bahagian tengah kubu kota ini sebagai warisan dunia, dalam pertemuan di Paris, Perancis. Ini adalah tapak warisan dunia ke-900. Sekarang, Vietnam mempunyai 6 tapak warisan dunia—Teluk Ha Long, Phong Nha-Ke Bang, Huế, My Son, Hoi An, Kubu kota empayar Thang Long.

Berdekatan di Vietnam

Trang An

36.3 km dari sini

Phong Nha-Ke Bang

288.3 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.