Landmark Wiki

← Mercu tanda di Rom · Panduan bandar dan peta

Koloseum

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Koloseum
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Koloseum?

Koloseum (Latin: Colosseum, juga diberi nama Amphitheatrum Flavium - Itali: Anfiteatro Flavio) ialah sebuah perani terbuka separa bulat dan berpentas terletak di Rom, Itali moden yang digunakan sebagai tempat pertunjukan sepanjang zaman tamadun kunonya.

Di manakah Koloseum?

Di Rom, pada koordinat 41.8903, 12.4922.

Kisahnya

Koloseum (Latin: Colosseum, juga diberi nama Amphitheatrum Flavium - Itali: Anfiteatro Flavio) ialah sebuah perani terbuka separa bulat dan berpentas terletak di Rom, Itali moden yang digunakan sebagai tempat pertunjukan sepanjang zaman tamadun kunonya. Koloseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina pada Empayar Rom. Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespasianus pada antara tahun 70 dan 72 M, dan disiapkan pada tahun 80 M oleh puteranya Titus. Ia salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman Pertengahan Awal. Nama kawasan ini datang daripada nama suatu patung tembaga menggambarkan Maharaja Nero iaitu Colossus Neronis (atau "Nero si Raksasa"), patung tersebut berketinggian 130 kaki atau 40 m. Patung tersebut kemudiannya diolah untuk menyerupai dewa matahari Sol (Colossus Solis) dengan menambahkan suatu "mahkota matahari", bahkan kepala patung digantikan setiap kali Maharaja baru ditabalkan. Patung tersebut menghilang pada abad ke-7 Masihi barangkali untuk diambil guna semula besi tembaganya.

Berdekatan di Rom

Arch of Constantine

130 m dari sini

Domus Aurea

280 m dari sini

Arch of Titus

300 m dari sini

San Pietro in Vincoli

410 m dari sini

Mons Palatinus

490 m dari sini

Temple of Vesta

530 m dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.