← Mercu tanda di Seoul · Panduan bandar dan peta
Deoksugung
Bahasa lain: English · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español
Jawapan ringkas
Apakah Deoksugung?
Deoksugung, juga dikenali sebagai Gyeongun-gung, Istana Deoksugung, atau Istana Deoksu (Jawi: ايستان دوكسو), ialah sebuah kompleks istana yang berdinding di Seoul yang didiami oleh anggota keluarga diraja Korea semasa monarki Joseon hingga pencerobohan Korea oleh Jepun pada tahun 1910.
Di manakah Deoksugung?
Di Seoul, pada koordinat 37.5661, 126.9750.
Kisahnya
Deoksugung, juga dikenali sebagai Gyeongun-gung, Istana Deoksugung, atau Istana Deoksu (Jawi: ايستان دوكسو), ialah sebuah kompleks istana yang berdinding di Seoul yang didiami oleh anggota keluarga diraja Korea semasa monarki Joseon hingga pencerobohan Korea oleh Jepun pada tahun 1910. Ia salah satu daripada "Lima Istana Besar" yang dibina oleh raja-raja Dinasti Joseon. Bangunan-bangunannya mempunyai pelbagai gaya, termasuk beberapa kayu sedar Jepun asli, kayu bercat, dan stuko. Sesetengah bangunan dibina dari batu untuk meniru struktur istana barat. Di samping bangunan istana tradisional, terdapat juga taman-taman berhutan, patung Raja Sejong Agung dan Muzium Seni Nasional, yang mengadakan pameran istimewa. Istana ini terletak berhampiran Stesen Dewan Bandar Raya. Deoksugung, seperti "Lima Istana Besar" yang lain di Seoul, sengaja dimusnahkan semasa tempoh kolonial Korea. Pada masa ini, hanya satu pertiga daripada struktur yang ada sebelum penjajahan tersebut masih kekal. Istana Deoksugung adalah istimewa dari banyak-banyak istana di Korea. Ia mempunyai taman moden bergaya barat dan air pancut.
Berdekatan di Seoul
Namdaemun
680 m dari sini
Plaza Gwanghwamun
760 m dari sini
Gyeonghuigung
850 m dari sini
Jogyesa
1.1 km dari sini
Gwanghwamun
1.1 km dari sini
Myeongdong Cathedral
1.1 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.