← Mercu tanda di Dubai · Panduan bandar dan peta
Souk Emas Dubai
Bahasa lain: English · 日本語 · Bahasa Indonesia · Español
Jawapan ringkas
Apakah Souk Emas Dubai?
Souq Emas Dubai (Arab: دبي سوق الذهب) atau Souq Emas, adalah sebuah pasar tradisional (atau souq) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Di manakah Souk Emas Dubai?
Di Dubai, pada koordinat 25.2717, 55.2986.
Kisahnya
Souq Emas Dubai (Arab: دبي سوق الذهب) atau Souq Emas, adalah sebuah pasar tradisional (atau souq) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Souq ini terletak di pusat daerah perdagangan komersil Dubai timur di Deira, di daerah Al Dhagaya. Souq ini terdiri dari lebih 300 penjual runcit yang berdagang hampir sepenuhnya dalam barang kemas. Penjual runcit di sini termasuklah gedung telah mantap seperti Damas, ARY Jewellery, Prima Gold dan Joyalukkas Jewellery dan juga kedai-kedai kecil yang beroperasi hampir secara eksklusif di souq emas ini. Mengikut sesetengah anggaran, lebih kurang 10 tan emas wujud di hampir setiap waktu di souq ini Ia bersempadan dengan Pasar Ikan dan Sayuran Dubai dan Deira Corniche di utara. Perdagangan dalam souq emas ini berkembang sewaktu 1940-an oleh kerana polisi perdagangan bebas Dubai yang mengalakkan usahawan dari India dan Iran untuk mendirikan kedai di souq. Sungguhpun terdapat kemerosotan umum dalam pasaran emas sejagat, saham dagangan Dubai dalam emas dan intan dalam perdagangan langsung bukan minyak bertambah dari 18% pada 2003, ke 24% pada 2004. Pada 2003, nilai dagang dalam emas di Dubai adalah lebih kurang Dh. 21 billion (AS$ 5.
Berdekatan di Dubai
Grand Mosque of Dubai
830 m dari sini
Al Bastakiya
880 m dari sini
Dubai Museum
970 m dari sini
Dubai Islands
4.7 km dari sini
Jumeirah Mosque
5.4 km dari sini
Museum of the Future
6.1 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.