Landmark Wiki

← Mercu tanda di New York · Panduan bandar dan peta

Bangunan Seterika

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español

Bangunan Seterika
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Bangunan Seterika?

Bangunan Seterika (bahasa Inggeris: Flatiron Building, singkatan: Flatiron) atau Bangunan Fuller adalah bangunan segi tiga berangka waja 22 tingkat setinggi 285 kaki (87 m) di 175 Fifth Avenue, borough Manhattan, pusat Bandar Raya Kota New York.

Di manakah Bangunan Seterika?

Di New York, pada koordinat 40.7411, -73.9897.

Kisahnya

Bangunan Seterika (bahasa Inggeris: Flatiron Building, singkatan: Flatiron) atau Bangunan Fuller adalah bangunan segi tiga berangka waja 22 tingkat setinggi 285 kaki (87 m) di 175 Fifth Avenue, borough Manhattan, pusat Bandar Raya Kota New York. Dirancang oleh Daniel Burnham dan Frederick P. Dinkelberg, selesai pada tahun 1902 dan mulanya berlantai 20. Stesen ini terletak di atas tapak segitiga yang digambarkan seakan bentuk seterika (bahasa Inggeris: flatiron) dikelilingi Fifth Avenue, Broadway dan East 22nd Street; bucu tirus fakadnya menghadap arah utara di East 23rd Street. Kawasan sekelilingnya sendiri dinama Daerah Seterika (Flatiron District) sempena kepentingan bangunan ini sejak tahun 1990-an. Bangunan Seterika dikembangkan sebagai pejabat pusat syarikat pembinaan milik George A. Fuller, yang memperoleh geran tanah tapak dari keluarga Newhouse pada Mac 1901. Pembinaannya sangat cepat, dan bangunan dibuka pada 1 Oktober 1902; ruang peruncitan "cowcatcher" dan emper satu tingkat ditambahkan tidak lama setelah pembukaannya. Syarikat Fuller menjual bangunan ini pada tahun 1925 ke sindikat investasi.

Berdekatan di New York

Madison Square and Madison Square Park

180 m dari sini

The Factory

470 m dari sini

Hotel Chelsea

710 m dari sini

Bangunan Empire State

870 m dari sini

Morgan Library & Museum

1.1 km dari sini

Rockefeller Foundation

1.2 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.