Landmark Wiki

← Mercu tanda di Fukuoka · Panduan bandar dan peta

Masjid Fukuoka

Bahasa lain: English · 日本語 · Bahasa Indonesia

Masjid Fukuoka
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Masjid Fukuoka?

Masjid Fukuoka atau Pusat Budaya Islam Al Nour (アン ヌール イスラム文化センター, 福岡マスジド) ialah masjid pertama di pulau Kyūshū di Jepun.

Di manakah Masjid Fukuoka?

Di Fukuoka, pada koordinat 33.6200, 130.4269.

Kisahnya

Masjid Fukuoka atau Pusat Budaya Islam Al Nour (アン ヌール イスラム文化センター, 福岡マスジド) ialah masjid pertama di pulau Kyūshū di Jepun. Ia dibina pada tahun 2009, dan dibuka secara rasmi pada 12 April 2009. Masjid Fukuoka bertujuan berkhidmat bagi 1,000 orang Muslim di wilayah Fukuoka, dan juga bagi berkhidmat bagi penduduk Jepun yang berminat dengan Islam. Ia menganjur solat harian serta Solat Aidil Fitri secara tetap. Kadang-kala ia mengatur program bagi menganut Islam seperti perkahwinan Muslim dan solat jenazah. Masjid Fukuoka juga sentiasa terbuka bagi orang bukan muslim. Bukan Muslim boleh memasuki masjid bagi melihat solat, berbincang dengan yang lain mengenai isu Islam dan budaya, dan mengambil buku pengenalan mengenai Islam. Mereka juga dibenarkan menghadiri solat Muslim sekiranya mahu. Sayap budaya masjid Fukuoka menawarkan pengajaran bahasa Arab mingguan bagi kanak-kanak, wanita dan lelaki,kelas memasak sekali setiap tiga bulan. Kadang-kala, ia juga menganjurkan seminar, dan sesi dialog. Persatuan Pelajar Muslim Universiti Kyushu (KUMSA-Kyushu University Muslim Student Association) memulakan idea bagi membina masjid pada tahun 1998, dan mula mengumpul derma.

Berdekatan di Fukuoka

Hakozaki Shrine

700 m dari sini

Sōfuku-ji

2.0 km dari sini

Shōfuku-ji

2.8 km dari sini

Najima Castle

2.9 km dari sini

Jōten-ji

2.9 km dari sini

Tōchō-ji

3.0 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.