← Mercu tanda di Georgetown · Panduan bandar dan peta
George Town, Pulau Pinang
ibu kota negeri Pulau Pinang Pulau Mutiara
Bahasa lain: English · 中文 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah George Town, Pulau Pinang?
George Town ialah ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia, dan pusat pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Di manakah George Town, Pulau Pinang?
Di Georgetown, pada koordinat 5.4144, 100.3292.
Kisahnya
George Town ialah ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia, dan pusat pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Bandar raya ini diasaskan oleh Francis Light pada tahun 1786 sebagai petempatan British pertama di Semenanjung Tanah Melayu, sebelum berkembang menjadi sebuah pelabuhan penting di Selat Melaka. Pada 1 Januari 1957, George Town menjadi bandar pertama dalam Persekutuan Tanah Melayu yang dikurniakan taraf bandar raya. Kawasan bandar George Town merangkumi pusat bandar serta beberapa kawasan pinggir bandar seperti Air Itam, Bayan Lepas, Gelugor, Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah. Konurbasi George Town pula meliputi kawasan bandar di Seberang Perai, termasuk Butterworth, Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Sungai Bakap, di samping sebahagian kawasan selatan Kedah dan barat laut Perak. Pada tahun 2008, pusat bersejarah George Town bersama-sama bandar Melaka telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO kerana nilai sejagat luar biasa dari segi warisan seni bina dan kepelbagaian budaya. Kini, George Town merupakan pusat ekonomi, perdagangan, kebudayaan, pendidikan, pelancongan dan pengangkutan utama di utara Semenanjung Malaysia.
Berdekatan di Georgetown
Lebuh Aceh Mosque
780 m dari sini
Muzium Sun Yat-sen Pulau Pinang
800 m dari sini
Khoo Kongsi
880 m dari sini
Masjid Kapitan Keling
940 m dari sini
Rumah Agam Cheong Fatt Tze
1.0 km dari sini
Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang
1.1 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.