← Mercu tanda di Georgetown · Panduan bandar dan peta
Tokong Dewa Kuan Yin Teng
Jawapan ringkas
Apakah Tokong Dewa Kuan Yin Teng?
Tokong Dewa Kuan Yin Teng (Cina: 觀音亭; Pe̍h-ōe-jī: Koan-im-têng) (juga dikenali sebagai Kuan Im Teng atau Kong Hock Keong 广福宫) merupakan sebuah tokong Cina di bandar George Town di Pulau Pinang, Malaysia.
Di manakah Tokong Dewa Kuan Yin Teng?
Di Georgetown, pada koordinat 5.4184, 100.3388.
Kisahnya
Tokong Dewa Kuan Yin Teng (Cina: 觀音亭; Pe̍h-ōe-jī: Koan-im-têng) (juga dikenali sebagai Kuan Im Teng atau Kong Hock Keong 广福宫) merupakan sebuah tokong Cina di bandar George Town di Pulau Pinang, Malaysia. Terletak di Lebuh Pitt, ia mula dibina pada 1728, menjadikannya tokong Tao tertua di Pulau Pinang. Tokong ini didedikasikan untuk Guan Yin. Walau bagaimanapun, tokong cina itu pada asalnya ditubuhkan untuk penyembahan Mazu, dewi laut. Berikutan kemasukan etnik Cina ke George Town selepas penubuhan penempatan pada tahun 1786, Tokong Cina itu bertukar menjadi tokong khusus untuk Guan Yin pada tahun 1800; pada masa itu, ia juga mula berfungsi sebagai pengantara neutral antara masyarakat Kantonis dan Hokkien yang bersaing. Walaupun fungsi tokong yang lebih sekular sejak itu telah diserahkan kepada Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, ia mengekalkan kepentingan keagamaannya dan kekal popular dalam kalangan rakyat Pulau Pinang berketurunan Cina. Ia menjadi pusat tumpuan untuk perayaan Cina seperti hari perayaan tahunan untuk Guan Yin dan Hari Lahir Maharaja Jed (天公诞), menarik penganut dari seluruh Asia Tenggara.
Berdekatan di Georgetown
Kuil Sri Mariamman, Pulau Pinang
140 m dari sini
Gereja St George, Pulau Pinang
150 m dari sini
Muzium Islam, Pulau Pinang
220 m dari sini
Masjid Kapitan Keling
250 m dari sini
Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang
270 m dari sini
Gereja Assumption
280 m dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.