Landmark Wiki

← Mercu tanda di Hangzhou · Panduan bandar dan peta

Terusan Besar China

Bahasa lain: English · 中文 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Terusan Besar China
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Terusan Besar China?

Terusan Besar China (Cina ringkas: 大运河; Cina tradisional: 大運河; pinyin: Dà Yùnhé), juga dikenali sebagai Terusan Besar Beijing-Hangzhou (Cina ringkas: 京杭大运河; Cina tradisional: 京杭大運河; pinyin: Jīng Háng Dà Yùnhé) adalah terusan atau sungai buatan terpanjang di dunia.

Di manakah Terusan Besar China?

Di Hangzhou, pada koordinat 30.2614, 120.2239.

Kisahnya

Terusan Besar China (Cina ringkas: 大运河; Cina tradisional: 大運河; pinyin: Dà Yùnhé), juga dikenali sebagai Terusan Besar Beijing-Hangzhou (Cina ringkas: 京杭大运河; Cina tradisional: 京杭大運河; pinyin: Jīng Háng Dà Yùnhé) adalah terusan atau sungai buatan terpanjang di dunia. Bermula di Beijing, ia melalui Tianjin dan wilayah Hebei, Shandong, Jiangsu dan Zhejiang ke kota Hangzhou. Bahagian tertua terusan ini bermula pada kurun ke-5 SM, walaubagaimanapun pelbagai bahagian akhirnya digabungkan semasa Dinasti Sui (581–618 AD). Panjang keseluruhan Terusan Besar China adalah 1,776 km (1,103 batu). Puncak tertingginya adalah di pergunungan Shandong, pada paras 42 m (138 kaki). Kapal-kapal di dalam Terusan Besar China tiada masalah untuk mencapai aras yang lebih tinggi selepas kunci paun diperkenalkan pada kurun ke-10 (semasa pemerintahan dinasti Song). Saiz dan kehebatan terusan ini dikagumi oleh ramai orang sepanjang masa, termasuk sami Jepun, Ennin (794–864), sejarawan Parsi Rashid al-Din (1247–1318), pegawai Korea Choe Bu (1454–1504) dan mubaligh Itali Matteo Ricci (1552–1610). Dari segi sejarahnya, banjir yang terjadi di Sungai Kuning bersebelahan mengancam keselamatan dan fungsi terusan ini.

Berdekatan di Hangzhou

Hangzhou Mosque

1.9 km dari sini

Regent International Center

2.6 km dari sini

Pusat Ekspo Sukan Olimpik Hangzhou

3.3 km dari sini

Former Residence of Hu Xueyan

4.7 km dari sini

Phoenix Mosque

5.8 km dari sini

Cathedral of the Immaculate Conception

6.0 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.