Landmark Wiki

← Mercu tanda di Paris · Panduan bandar dan peta

Grand Palais

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español

Grand Palais
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Grand Palais?

Grand Palais des Champs-Élysées, lazimnya dikenali sebagai Grand Palais (secara harfiahnya, Istana Agung), merupakan sebuah tapak bersejarah, dewan pameran dan kompleks muzium yang terletak di Champs-Élysées di Daerah 8, Paris, Perancis.

Di manakah Grand Palais?

Di Paris, pada koordinat 48.8661, 2.3125.

Kisahnya

Grand Palais des Champs-Élysées, lazimnya dikenali sebagai Grand Palais (secara harfiahnya, Istana Agung), merupakan sebuah tapak bersejarah, dewan pameran dan kompleks muzium yang terletak di Champs-Élysées di Daerah 8, Paris, Perancis. Bangunan ini juga menempatkan sebuah muzium sains, Palais de la Découverte, sejak 1937 dan Galeries nationales du Grand Palais yang mempamerkan koleksi-koleksi seni dari muzium kebangsaan Perancis sejak 1964. Pembinaan Grand Palais bermula pada 1897 selepas Palais de l'Industrie (Istana Industri) dirobohkan untuk menganjurkan Pameran Sedunia 1900. Pameran itu juga menyebabkan pembinaan Petit Palais dan Pont Alexandre III di sebelahnya. Bangunan tersebut direka bentuk untuk menganjurkan acara artistik rasmi yang berskala besar. Satu pedimen di atas bangunan itu mempunyai inskripsi yang menerangkan fungsi bangunan itu sebagai "satu monumen yang didedikasikan oleh Republik kepada kegemilangan seni Perancis" (Monument consacré par la République à la gloire de l'art français).

Berdekatan di Paris

Petit Palais

150 m dari sini

Pont Alexandre III

290 m dari sini

Istana Élysée

540 m dari sini

Place de la Concorde

640 m dari sini

Musée de l'Orangerie

780 m dari sini

La Madeleine, Paris

970 m dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.