← Mercu tanda di Zimbabwe · Panduan bandar dan peta
Zimbabwe Raya
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Zimbabwe Raya?
Zimbabwe Raya (bahasa Inggeris: Great Zimbabwe) ialah sebuah kota zaman pertengahan di perbukitan berhampiran Tasik Mutirikwe dan bandar Masvingo tenggara Zimbabwe selatan benua Afrika.
Di manakah Zimbabwe Raya?
Di Zimbabwe, pada koordinat -20.2667, 30.9333.
Kisahnya
Zimbabwe Raya (bahasa Inggeris: Great Zimbabwe) ialah sebuah kota zaman pertengahan di perbukitan berhampiran Tasik Mutirikwe dan bandar Masvingo tenggara Zimbabwe selatan benua Afrika. Ia dianggap sebagai ibu kota suatu kerajaan besar yang wujud semasa Zaman Besi Akhir ketamadunan yang ada di tanah itu walaupun tidak dapat dikenal pasti kerajaan mana khususnya. Ia merupakan binaan yang terbesar dari 200 tapak seumpamanya tersebar serata rantau selatan benua turut diberi nama dzimba-dza-mabwe, dari bahasa Shona loghat Karanga di Masvingo bermaksud "rumah-rumah batu" (dzimba kata jamak imba "rumah", mabwe kata jamak bwe "batu"); tetapi ia juga boleh datang dari ungkapan dzimba-hwe, "rumah tinggi" merujuk kepada kediaman atau makam persemadian pembesar. Pembinaan kota ini bermula pada abad ke-11 oleh orang Shona dan diteruskan sehingga ia ditinggalkan pada abad ke-15; tapak kota purba ini imerangkumi kawasan berkeluasan 7.22 km persegi yang boleh menempatkan sehingga 18,000 orang pada kemuncaknya, dengan kepadatan penduduk kira-kira 2,500 setiap kilometer persegi.
Berdekatan di Zimbabwe
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.