Landmark Wiki

← Mercu tanda di Seoul · Panduan bandar dan peta

Gyeongbokgung

Bahasa lain: English · 中文 · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español

Gyeongbokgung
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Gyeongbokgung?

Gyeongbokgung (Korea: 경복궁; Hanja: 景福宮), juga dikenali sebagai Istana Gyeongbokgung atau Istana Gyeongbok, adalah istana utama dinasti Joseon.

Di manakah Gyeongbokgung?

Di Seoul, pada koordinat 37.5799, 126.9768.

Kisahnya

Gyeongbokgung (Korea: 경복궁; Hanja: 景福宮), juga dikenali sebagai Istana Gyeongbokgung atau Istana Gyeongbok, adalah istana utama dinasti Joseon. Dibina pada tahun 1395, ia terletak di utara Seoul, Korea Selatan. Istana yang terbesar daripada Lima Istana Besar yang dibina oleh dinasti Joseon, Gyeongbokgung menjadi tempat persemayaman Raja-raja dinasti Joseon, kerabat-kerabat Raja, serta kerajaan Joseon. Gyeongbokgung terus menjadi istana utama dinasti Joseon sehingga premis itu dimusnahkan oleh api semasa Perang Imjin (1592-1598) dan ditinggalkan selama dua abad. Walau bagaimanapun, pada abad ke-19, semua 7,700 buah bilik istana kemudian dipulihkan di bawah pimpinan Putera Pangkuan Heungseon semasa pemerintahan Raja Gojong. Sebanyak 500 bangunan telah dipulihkan di tapak lebih daripada 40 hektar itu. Prinsip-prinsip seni bina Korea kuno telah dimasukkan ke dalam tradisi dan penampilan istana diraja Joseon. Pada awal abad ke-20, banyak istana dihancurkan secara sistematik oleh Empayar Jepun. Sejak itu, kompleks istana berdinding secara beransur-ansur dipulihkan kepada bentuk asalnya.

Berdekatan di Seoul

National Folk Museum of Korea

280 m dari sini

National Museum of Modern and Contemporary Art

320 m dari sini

Gwanghwamun

430 m dari sini

Plaza Gwanghwamun

790 m dari sini

Jogyesa

800 m dari sini

Gyeonghuigung

1.2 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.