← Mercu tanda di Hong Kong · Panduan bandar dan peta
Hong Kong Disneyland
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español
Jawapan ringkas
Apakah Hong Kong Disneyland?
.
Di manakah Hong Kong Disneyland?
Di Hong Kong, pada koordinat 22.3133, 114.0433.
Kisahnya
. Hong Kong Disneyland (Bahasa Cina: 香港迪士尼樂園) ialah taman tema pertama dalam Hong Kong Disneyland Resort dan dimiliki dan diuruskan oleh syarikat Hong Kong International Theme Parks. Hong Kong Disneyland, iaitu taman kelima yang bergaya Magic Kingdom, terletak di atas tanah tebus guna di Penny's Bay, Pulau Lantau. Setelah bertahun-tahun menjalani rundingan dan pembinaan, taman ini dibuka pada 12 September 2005. Pihak Disney cuba mengelakkan masalah pertembungan budaya dengan menerapkan unsur-unsur budaya, adat resam, dan tradisi Cina ketika mereka bina resort ini, termasuk mematuhi hukum Feng Syui. Contohnya, sebatang lengkuk diletakkan pada laluan pejalan kaki berhampiran pintu masuk Hong Kong Disneyland Resort agar qi yang bagus tidak mengalir ke Laut China Selatan. Taman ini terdiri daripada empat kawasan bertema yang serupa dengan taman Disneyland yang lain, iaitu Main Street, U.S.A., Fantasyland, Adventureland dan Tomorrowland. Para penghibur di taman tema ini bertutur dalam bahasa-bahasa Inggeris, Kantonis dan Mandarin. Peta panduan juga disediakan dalam tulisan Cina tradisional dan ringkas, dan juga bahasa-baahsa Inggeris, Perancis dan Jepun.
Berdekatan di Hong Kong
Hong Kong Disneyland Resort
0 m dari sini
Tsing Ma Bridge
5.3 km dari sini
Ting Kau Bridge
6.8 km dari sini
Stonecutters Bridge
7.9 km dari sini
Victoria Peak
11.2 km dari sini
Ohel Leah Synagogue
11.4 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.