Landmark Wiki

← Mercu tanda di Manila · Panduan bandar dan peta

Intramuros

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español

Intramuros
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Intramuros?

Intramuros ( bahasa Latin "di dalam tembok") merupakan sebuah kawasan bersejarah yang terletak di ibu negara Filipina, iaitu bandar raya Manila.

Di manakah Intramuros?

Di Manila, pada koordinat 14.5915, 120.9736.

Kisahnya

Intramuros ( bahasa Latin "di dalam tembok") merupakan sebuah kawasan bersejarah yang terletak di ibu negara Filipina, iaitu bandar raya Manila. Kawasan bersejarah yang seluas 0.67-kilometer-persegi (0.26 bt2) ini dikelilingi tembok yang dibina semasa zaman penjajahan Sepanyol pada abad ke-16. Kawasan ini kini ditadbir oleh Pentadbiran Intramuros dengan bantuan majlis bandar raya Manila. Sejak awal zaman penjajahan Sepanyol, Intramuros, termasuk sistem kubu dan benteng pertahanan yang melindunginya, dianggap sebagai seluruh Kota Manila. Pekan dan penempatan lain yang terletak di luar sistem benteng pertahanan itu pula dipanggil extramuros, yakni "di luar tembok" dalam Bahasa Latin. Penempatan-penempatan luar bandar yang panggil arrabales ini sekian lama ditadbir secara berasingan daripada Intramuros. Penggabunggan pekan-pekan ini ke dalam bandar raya Manila hanya mula berlaku pada awal abad ke-20. Dari penubuhan kota tersebut pada tahun 1571 hingga 1865, kediaman rasmi gabenor jeneral bagi wilayah Kapten Jeneral Filipina (sebuah wilayah komponen Empayar Sepanyol) terletak di Intramuros.

Berdekatan di Manila

Katedral Manila

0 m dari sini

Gereja San Agustin

340 m dari sini

Fort Santiago

590 m dari sini

Manila Metropolitan Theater

800 m dari sini

Manila Hotel

910 m dari sini

National Museum of Fine Arts

970 m dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.