← Mercu tanda di Kota Bharu · Panduan bandar dan peta
Istana Balai Besar
Istana di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Bahasa lain: English
Jawapan ringkas
Apakah Istana Balai Besar?
Istana Balai Besar adalah istana yang terletak di Kota Bharu, Kelantan.
Di manakah Istana Balai Besar?
Di Kota Bharu, pada koordinat 6.1310, 102.2379.
Kisahnya
Istana Balai Besar adalah istana yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Sultan Muhammad II telah memindahkan pusat pentadbiran Kelantan dari Kota Saba ke Kota Bharu sekarang ini pada tahun 1844. Semasa pemindahan pusat pentadbiran ini, Baginda telah mengarahkan pembinaan sebuah Istana untuk baginda bersemayam. Istana Balai Besar ini telah menjadi tempat bersemayam beberapa orang Sultan iaitu bermula dari Sultan Muhammad II (1839-1886), Sultan Ahmad (1886-1889), Sultan Muhammad III (1889-1890), Sultan Mansur (1890 – 1899) dan Sultan Muhammad IV (1899-1920). Istana Balai Besar adalah Istana Keramat buat keturunan Kesultanan Kelantan dan disinilah tempat berlangsungnya segala upacara rasmi dan adat istiadat diraja dari tahun 1845 sehingga sekarang. Upacara rasmi yang pertama diadakan sempena menyambut “Surat Sejabat” atau pengiktirafan daripada Raja Siam kepada Sultan Muhammad II. Isi kandungan Surat Sejabat ini adalah pengesahan Tuan Senik Mulut Merah sebagai Sultan Muhammad II oleh Raja Maha Besar Siam yang juga penaung Kelantan. Raja Siam tersebut juga memberi gelaran kepada Sultan Muhammad II sebagai “Pia Lecha Kelantan”.
Berdekatan di Kota Bharu
Istana Jahar
110 m dari sini
Muzium Diraja Istana Batu
140 m dari sini
Pasar Besar Siti Khadijah
160 m dari sini
Muzium Islam Kelantan
260 m dari sini
Muzium Negeri Kelantan
670 m dari sini
Makam Diraja Langgar, Kota Bharu
2.1 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.