← Mercu tanda di Melaka · Panduan bandar dan peta
Masjid Kampung Hulu
Bahasa lain: English · 中文 · Bahasa Indonesia
Jawapan ringkas
Apakah Masjid Kampung Hulu?
Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid yang terletak di pusat Bandar Hilir Melaka dalam daerah Kota Melaka, Melaka.
Di manakah Masjid Kampung Hulu?
Di Melaka, pada koordinat 2.1993, 102.2476.
Kisahnya
Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid yang terletak di pusat Bandar Hilir Melaka dalam daerah Kota Melaka, Melaka. Masjid ini telah dibina dalam 1728, Masjid Kampung Hulu di Hilir Melaka ialah masjid ketiga tertua di Semenanjung Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka, dalam kawasan yang kini dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga cina. Masjid ini dibina oleh oleh penduduk-penduduk tempatan dengan pembiayaan Belanda semasa penjajahan Melaka oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (singkatannya V.O.C.). Masjid ini dibina ialah kesan daripada perubahan dasar oleh pemerintah Belanda, yang mengutarakan dasar kepelbagaian pegangan agama. Sebelum kedatangan kaum Belanda pada tahun 1624, penjajah Portugis telah datang sejak tahun 1511, memusnahkan peninggalan rumah-rumah ibadat bukan Kristian di Melaka. Antara yang dimusnahkan oleh Portugis ialah masjid yang pertama dibina di Melaka, yang kononnya terletak bertentangan dengan tapak Stadhuys sekarang.
Berdekatan di Melaka
Tokong Cheng Hoon Teng
210 m dari sini
Masjid Kampung Keling
290 m dari sini
Muzium Warisan Baba Nyonya
450 m dari sini
Muzium Budaya Cheng Ho
450 m dari sini
Gereja St. Francis Xavier
560 m dari sini
Kubu Middleburg
570 m dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.