← Mercu tanda di Milan · Panduan bandar dan peta
Teatro alla Scala
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español
Jawapan ringkas
Apakah Teatro alla Scala?
Teatro alla Scala atau juga dikenali sebagai La Scala yang terletak di Milan, Itali, adalah salah sebuah panggung opera yang amat terkenal dan dianggap sebagai paling bersejarah di dunia dengan mempersembahkan banyak opera-opera ternama di bawah gubahan penggubah-penggubah terkenal ketika mereka masih hidup antaranya Antonio Salieri, Gioachino Rossini, Vincenzo Bellini, Gaetano Donizetti, Giuseppe Verdi dan Giacomo Puccini.
Di manakah Teatro alla Scala?
Di Milan, pada koordinat 45.4675, 9.1892.
Kisahnya
Teatro alla Scala atau juga dikenali sebagai La Scala yang terletak di Milan, Itali, adalah salah sebuah panggung opera yang amat terkenal dan dianggap sebagai paling bersejarah di dunia dengan mempersembahkan banyak opera-opera ternama di bawah gubahan penggubah-penggubah terkenal ketika mereka masih hidup antaranya Antonio Salieri, Gioachino Rossini, Vincenzo Bellini, Gaetano Donizetti, Giuseppe Verdi dan Giacomo Puccini. Teater ini dirasmikan pada Ogos 3, 1778 di bawah nama Nuovo Regio Ducal Teatro alla Scala dengan mempersembahkan opera penggubah Antonio Salieri berjudul Europa riconosciuta. Rumah opera yang terdahulu, Teatro Ducale, musnah dijilat api pada Februari 25, 1776 selepas menyambut sebuah gala karnival. Oleh itu, sekumpulan dari sembilan puluh orang-orang kaya Milan, yang memiliki palchi (kotak tempat duduk peribadi) di teater tersebut menulis surat kepada Archduke Ferdinand I dari Austria memohon agar sebuah rumah opera sementara dibina sehingga teater yang baru siap dibina. Seorang arkitek neo-klasikal Giuseppe Piermarini merangka pelan reka bentuk namun ditolak oleh Count Firmian (seorang governor Austria).
Berdekatan di Milan
Gallerie di Piazza Scala
170 m dari sini
Museo Poldi Pezzoli
230 m dari sini
Piazza del Duomo
380 m dari sini
Milan Cathedral
410 m dari sini
Museo del Novecento
440 m dari sini
Royal Palace of Milan
500 m dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.