Landmark Wiki

← Mercu tanda di Pisa · Panduan bandar dan peta

Menara Condong Pisa

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Menara Condong Pisa
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Menara Condong Pisa?

Menara Condong Pisa (Itali: Torre pendente di Pisa) atau Menara Pisa ([La Torre di Pisa] Error: {{Lang}}: text has italic markup (help)) merupakan menara loceng, atau menara genta berdiri bebas, bagi gereja besar bandar Pisa di Itali.

Di manakah Menara Condong Pisa?

Di Pisa, pada koordinat 43.7231, 10.3964.

Kisahnya

Menara Condong Pisa (Itali: Torre pendente di Pisa) atau Menara Pisa ([La Torre di Pisa] Error: {{Lang}}: text has italic markup (help)) merupakan menara loceng, atau menara genta berdiri bebas, bagi gereja besar bandar Pisa di Itali. Menara ini terletak di sebalik gereja besar dan merupakan struktur ketiga yang dibina di Piazza del Duomo ("Dataran Gereja") di Pisa. Meskipun sepatutnya berdiri betul-betul tegak, namun menara ini mula condong ke arah tenggara sejurus selepas bermulanya pembinaan pada tahun 1173 kerana asasnya yang lemah dan substrat longgar yang membolehkan asas menara beranjak arah. Kini, menara ini condong ke arah barat daya. Menara Pisa tingginya 55.86 m (183.27 kaki) dari tanah di sisi terendahnya dan 56.70 m (186.02 kaki) di sisi tertingginya. Lebar dinding di tapak menara ini ialah 4.09 m (13.42 kaki) sementara di aras atas pula lebarnya 2.48 m (8.14 kaki). Beratnya dianggarkan kira-kira 14,500 tan metrik (16,000 tan pendek). Menara ini mempunyai 296 atau 294 anak tangga; aras ketujuhnya kekurangan dua anak tangga di tangga yang menghadap ke udara. Menara ini condong sebanyak 3.97 darjah. Ini bererti puncak menara berada 3.

Berdekatan di Pisa

Pisa Cathedral

50 m dari sini

Piazza dei Miracoli

140 m dari sini

Camposanto Monumentale

150 m dari sini

San Giorgio ai Tedeschi

160 m dari sini

Santa Chiara

180 m dari sini

Pisa Baptistery

200 m dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.