← Mercu tanda di Washington, D.C. · Panduan bandar dan peta
Tugu Peringatan Lincoln
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español
Jawapan ringkas
Apakah Tugu Peringatan Lincoln?
Tugu Peringatan Lincoln adalah tugu peringatan kebangsaan Amerika Syarikat (A.
Di manakah Tugu Peringatan Lincoln?
Di Washington, D.C., pada koordinat 38.8893, -77.0501.
Kisahnya
Tugu Peringatan Lincoln adalah tugu peringatan kebangsaan Amerika Syarikat (A.S.) yang dibina bagi memberi penghormatan kepada Presiden A.S. ke-16, Abraham Lincoln. Bangunan tugu tersebut terletak di hujung barat National Mall di Washington, D.C., merentasi Monumen Washington. Didedikasikan pada Mei 1922, memorial tersebut merupakan salah satu daripada beberapa tugu peringatan yang dibina bagi menghormati presiden. Tugu Peringatan Lincoln menjadi salah satu tarikan pelancong utama dan sejak 1930-an menjadi suatu pusat simbolik yang menumpukan pada hubungan kaum. Banyak ucapan-ucapan awam terkenal juga pernah diadakan di situ, termasuklah "Saya Mempunyai Impian" oleh pemimpin hak awam Martin Luther King, Jr. yang diadakan pada 28 Ogos 1963, semasa perhimpunan akhir Perarakan di Washington untuk Pekerjaan dan Kebebasan. Bangunan berseni bina neoklasik tersebut dibina mengikut bentuk kuil Dorik Yunani. Tugu peringatan itu mengandungi ukiran patung besar Abraham Lincoln yang sedang duduk dan inskripsi dua ucapan terkenal Lincoln iaitu Ucapan Gettysburg dan ucapan pelantikan keduanya.
Berdekatan di Washington, D.C.
Tugu Peringatan Veteran Vietnam
290 m dari sini
Martin Luther King Jr. Memorial
630 m dari sini
Franklin Delano Roosevelt Memorial
780 m dari sini
World War II Memorial
830 m dari sini
Kennedy Center
870 m dari sini
Monumen Washington
1.3 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.