← Mercu tanda di Paris · Panduan bandar dan peta
Muzium Louvre
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Muzium Louvre?
Muzium Louvre (Perancis: Musée du Louvre sebutan Perancis: [myze dy luvʁ] ) merupakan muzium seni kebangsaan di Paris, Perancis, dan paling dilawati di dunia.
Di manakah Muzium Louvre?
Di Paris, pada koordinat 48.8611, 2.3358.
Kisahnya
Muzium Louvre (Perancis: Musée du Louvre sebutan Perancis: [myze dy luvʁ] ) merupakan muzium seni kebangsaan di Paris, Perancis, dan paling dilawati di dunia. Ia terletak di Tebing Kanan sungai Seine dalam arrondissement pertama (daerah) di bandar tersebut, dan merupakan tempat simpanan bagi beberapa karya seni Barat yang paling masyhur, termasuk Mona Lisa, Venus de Milo, dan Winged Victory. Hampir 35,000 objek dari zaman prasejarah sehingga era abad ke-19 dipamerkan dalam sebuah kawasan 60,600 meter persegi (652,300 kaki persegi). Muzium ini berada dalam kawasan Istana Louvre (Perancis: Palais du Louvre), yang pada mulanya adalah sebuah kubu yang dibina ketika lewat abad ke-12 di bawah pemerintahan Raja Philippe II. Peninggalan kubu tersebut masih lagi dapat dilihat di bahagian bawah tanah muzium. Bangunan ini telah diluaskan banyak kali untuk membentuk Istana Louvre yang seperti hari ini. Pada 1672, Raja Louis XIV memilih Istana Versailles sebagai kediamannya, meninggalkan Louvre sebagai sebuah tempat untuk memaparkan koleksi diraja termasuklah koleksi dari tahun 1692 iaitu arca Rom dan Yunani purba.
Berdekatan di Paris
Piramid Louvre
10 m dari sini
Istana Louvre
40 m dari sini
Arc de Triomphe du Carrousel
220 m dari sini
Palais-Royal
260 m dari sini
Pont des Arts
330 m dari sini
Pont Neuf
590 m dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.