← Mercu tanda di Melaka · Panduan bandar dan peta
Muzium Islam Melaka
Jawapan ringkas
Apakah Muzium Islam Melaka?
Penubuhan Muzium Islam Melaka bertujuan menjadikannya sebagai pusat pengumpulan, penyelidikan, pemuliharaan dan pameran koleksi bahan yang berorientasikan Islam sejajar dengan peranan Melaka sebagai salah satu daripada Pusat Penyebaran Islam di Nusantara suatu ketika dulu dan perkembangan Islam di Malaysia dewasa ini.
Di manakah Muzium Islam Melaka?
Di Melaka, pada koordinat 2.1900, 102.2500.
Kisahnya
Penubuhan Muzium Islam Melaka bertujuan menjadikannya sebagai pusat pengumpulan, penyelidikan, pemuliharaan dan pameran koleksi bahan yang berorientasikan Islam sejajar dengan peranan Melaka sebagai salah satu daripada Pusat Penyebaran Islam di Nusantara suatu ketika dulu dan perkembangan Islam di Malaysia dewasa ini. Muzium Islam Melaka ditempatkan di bangunan lama Pejabat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jalan Kota, Melaka. Rekabentuk dalaman muzium ini berkonsepkan imbasan suasana kegemilangan Islam di Melaka dan Nusantara dengan memaparkan gabungan identiti kesenian Islam secara global dan kesenian Islam di Nusantara khususnya Melaka. Kaedah pameran dan penyampaian maklumat pula diolah melalui lapan ruang pameran utama yang jelas turutannya dengan tema-tema tertentu. Ini untuk memudahkan para pelawat memahami mesej, perjalanan sejarah dan pengalaman yang ingin disampaikan. Antara koleksi yang dipamerkan adalah replika Al-Quran terawal, sejarah masjid dan replika pedang Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.
Berdekatan di Melaka
Malay and Islamic World Museum
180 m dari sini
A Famosa
180 m dari sini
Galeri Seni PERZIM
190 m dari sini
Muzium Belia Malaysia
190 m dari sini
Muzium Kecantikan
210 m dari sini
Muzium Rakyat
210 m dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.