Landmark Wiki

← Mercu tanda di Melaka · Panduan bandar dan peta

Muzium Sastera

Bahasa lain: English · 한국어

Muzium Sastera
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Muzium Sastera?

Muzium Sastera terletak di bangunan lama Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) di Melaka, Malaysia iaitu berhampiran dengan Bangunan Stadthuys.

Di manakah Muzium Sastera?

Di Melaka, pada koordinat 2.1938, 102.2496.

Kisahnya

Muzium Sastera terletak di bangunan lama Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) di Melaka, Malaysia iaitu berhampiran dengan Bangunan Stadthuys. Muzium terulung di Malaysia yang memberikan penekanan kepada sejarah penulisan dan pengkaryaan bermula dari era awal penulisan, Cerita-cerita Rakyat, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka, Munsyi Abdullah sehingga ke tahap perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden. Bahan-bahan pameran utama terdiri dari lukisan yang menggambarkan peristlwa-peristiwa penting berdasarkan petikan Sejarah Melayu dan bentuk-bentuk hukuman yang dilaksanakan menurut Hukum Kanun Melaka serta koleksi naskah manuskrip asal tulisan tangan dan seluruh pelosok dunia. Penghormatan turut diberikan kepada penulisan berbentuk tradisional merangkumi pantun, gurindam, nazam dan puisi. Galeri Sasterawan Negara dan Penulis-penulis Melaka turut merupakan sebahagian tarikan utama untuk pelawat.

Berdekatan di Melaka

Bangunan Stadthuys

50 m dari sini

Gereja Christ

60 m dari sini

Gereja St. Paul

130 m dari sini

Muzium Istana Kesultanan Melaka

140 m dari sini

Kubu Middleburg

160 m dari sini

Muzium Seni Bina Malaysia

160 m dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.