Landmark Wiki

← Mercu tanda di Jakarta · Panduan bandar dan peta

Medan Merdeka

Bahasa lain: English · 中文 · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español

Medan Merdeka
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Medan Merdeka?

Medan Merdeka atau Lapangan Merdeka adalah sebuah dataran besar berturap yang terletak di tengah bandar raya Jakarta, Indonesia.

Di manakah Medan Merdeka?

Di Jakarta, pada koordinat -6.1753, 106.8272.

Kisahnya

Medan Merdeka atau Lapangan Merdeka adalah sebuah dataran besar berturap yang terletak di tengah bandar raya Jakarta, Indonesia. Ia dianggap sebagai salah satu dataran terbesar di dunia dengan keluasan satu kilometer persegi termasuk lapangan di sekitarnya. Keluasannya 75 hektar (0.75 km2) iaitu lebih lima kali keluasan Dataran Tiananmen, dan 12 kali keluasan Place de la Concorde. Di pusatnya terletak Monumen Nasional. Dataran ini menjadi tempat berlangsungnya acara kebangsaan seperti perarakan tentera dan terapung, serta demonstrasi sivik. Sekitar Monumen kini merupakan sebuah taman dengan pancutan muzik di sebelah timur, dan sebuah kandang rusa di sudut tenggara dataran di mana rusa berkeliaran di antara pohon-pohon teduh. Dataran itu adalah destinasi popular bagi warga Jakarta untuk sukan dan rekreasi terutama pada hujung minggu. Ia dikelilingi oleh bangunan kerajaan yang penting seperti Istana Merdeka, Muzium Negara Indonesia, Katedral Jakarta, Mahkamah Agung dan pelbagai kementerian. Semasa era jajahan Hindia Timur Belanda, persegi itu dipanggil Koningsplein (dataran Raja).

Berdekatan di Jakarta

Monumen Nasional

20 m dari sini

Museum Nasional Indonesia

620 m dari sini

Istana Merdeka

650 m dari sini

National Gallery of Indonesia

710 m dari sini

Masjid Istiqlal

730 m dari sini

Istana Negara, Jakarta

880 m dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.