Landmark Wiki

← Mercu tanda di Oaxaca · Panduan bandar dan peta

Mitla

Bahasa lain: English · 日本語 · Español

Mitla
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Mitla?

Mitla merupakan tapak arkeologi kedua terpenting di negeri Oaxaca di Mexico,selepas Monte Albán,dan yang paling penting dalam budaya Zapotec.

Di manakah Mitla?

Di Oaxaca, pada koordinat 16.9272, -96.3594.

Kisahnya

Mitla merupakan tapak arkeologi kedua terpenting di negeri Oaxaca di Mexico,selepas Monte Albán,dan yang paling penting dalam budaya Zapotec. Tapak ini terletak 44 km dari bandar Oaxaca, di hujung atas Lembah Tlacolula,salah satu daripada tiga lembah sejuk dan tinggi telah membentuk Wilayah Lembah Tengah di negeri ini. Pada ketinggian 4,855 ft (1,480 m),dikelilingi oleh pergunungan Sierra Madre del Sur, tapak arkeologi ini berada dalam kawasan perbandaran moden San Pablo Villa de Mitla . Ianya berukuran 24 batu (38 km) tenggara bandar Oaxaca. Walaupun Monte Albán merupakan pusat Zapotec yang paling penting dari segi politik, Mitla menjadi pusat keagamaan utama pada zaman seterusnya apabila kawasan itu dikuasai oleh Mixtec. Nama Mitla berasal daripada Nahuatl nama Mictlán, bermaksud "tempat orang mati" atau "dunia bawah tanah." Nama Zapotecnya ialah Lyobaa, yang bererti "tempat rehat".Nama Mictlán telah diubah kepada Mitla.Ianya telah ditubuhkan sebagai tapak pengebumian suci oleh Zapotec,selain itu, seni bina dan reka bentuknya juga menunjukkan pengaruh Mixtec,yang telah menjadi terkenal di kawasan itu semasa kemuncak penempatan Mitla.

Berdekatan di Oaxaca

Dainzú

22.7 km dari sini

Museo Estatal de Arte Popular de Oaxaca

37.2 km dari sini

Oaxaca Mexico Temple

39.7 km dari sini

Church of Santo Domingo de Guzmán

41.6 km dari sini

Zaachila

41.6 km dari sini

Oaxaca Cathedral

41.7 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.