← Mercu tanda di Perancis · Panduan bandar dan peta
Pendaratan Normandy
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Pendaratan Normandy?
Pendaratan Normandy (nama kod Operasi Neptune) ialah operasi pendaratan yang berlaku pada hari Selasa, 6 Jun 1944 (disebut D-Day) semasa penyerbuan pihak Bersekutu terhadap Normandy dalam Operasi Overlord semasa Perang Dunia II.
Di manakah Pendaratan Normandy?
Di Perancis, pada koordinat 49.3400, -0.6000.
Kisahnya
Pendaratan Normandy (nama kod Operasi Neptune) ialah operasi pendaratan yang berlaku pada hari Selasa, 6 Jun 1944 (disebut D-Day) semasa penyerbuan pihak Bersekutu terhadap Normandy dalam Operasi Overlord semasa Perang Dunia II. Operasi ini merupakan penyerbuan melalui laut terbesar dalam sejarah. Operasi ini menandakan permulaan pembebasan barat laut Eropah daripada penguasaan Nazi, dan menyumbang kepada kemenangan Bersekutu di Barisan Barat. Perancangan operasi ini bermula pada tahun 1943. Berbulan-bulan sebelum penyerbuan itu, pihak Bersekutu menjalankan muslihat tentera yang besar, yang diberi nama kod Operasi Bodyguard, untuk mengelirukan pihak Jerman tentang tarikh dan lokasi utama pendaratan Bersekutu. Cuaca pada D-Day adalah kurang unggul, tetapi penangguhan akan menimbulkan kelewatan sekurang-kurangnya dua minggu kerana para perancang operasi penyerbuan menunggu isyarat bulan penuh, pasang surut laut, dan waktu siang pada setiap awal bulan yang dianggap sesuai. Adolf Hitler meletakkan Fil Marsyal Erwin Rommel sebagai pemerintah tentera Jerman dan membina barisan kubu di sepanjang Tembok Atlantik bagi menentang penyerbuan tentera Bersekutu.
Berdekatan di Perancis
Katedral Chartres
182.0 km dari sini
Étaples Military Cemetery
207.3 km dari sini
Amiens Cathedral
218.0 km dari sini
Villers-Bretonneux Australian National Memorial
232.3 km dari sini
Château de Chambord
247.2 km dari sini
Beaumont-Hamel Newfoundland Memorial
247.4 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.