Landmark Wiki

← Mercu tanda di Putrajaya · Panduan bandar dan peta

Yayasan Kepimpinan Perdana

pertubuhan di Malaysia

Bahasa lain: English · 中文

Yayasan Kepimpinan Perdana
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Yayasan Kepimpinan Perdana?

Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) adalah perpustakaan rujukan yang tersedia untuk semua orang yang ingin belajar kisah pembangunan Malaysia dan sumbangan Menteri Perdananya.

Di manakah Yayasan Kepimpinan Perdana?

Di Putrajaya, pada koordinat 2.9127, 101.6738.

Kisahnya

Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) adalah perpustakaan rujukan yang tersedia untuk semua orang yang ingin belajar kisah pembangunan Malaysia dan sumbangan Menteri Perdananya. Ianya bermula dengan cadangan oleh beberapa orang ahli perniagaan supaya satu perpustakaan dibina untuk memperingati dua puluh dua tahun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Oleh kerana Mahathir masih hidup pada masa cadangan dibuat, beliau menolak cadangan itu. Maka itu beliau mencadangkan agar mereka memperingati semua Perdana Menteri sebelumnya dan Perdana Menteri masa akan datang dengan menubuhkan sebuah institut untuk mengumpul semua dokumen yang berkaitan dengan dasar, strategi dan pelan yang dimula dan dilaksanakan oleh semua Perdana Menteri Malaysia. Pengasas dan penaja Yayasan membeli tanah, membina bangunan dan menyelenggarakannya. Kakitangan untuk arkib dan perpustakaan dan kakitangan sokongan dibayar gaji daripada dana Yayasan melalui sumbangan oleh pihak penaja. Ia dilancarkan secara rasmi pada 10 Mei 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi.

Berdekatan di Putrajaya

Jambatan Seri Saujana

300 m dari sini

Jambatan Gantung Monorel

700 m dari sini

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

1.1 km dari sini

Istana Kehakiman

1.2 km dari sini

Monumen Alaf Baru

1.5 km dari sini

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

2.0 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.