← Mercu tanda di Seattle · Panduan bandar dan peta
Pike Place Market
Bahasa lain: English · 中文 · 한국어 · Español
Jawapan ringkas
Apakah Pike Place Market?
Pike Place Market ialah pasar awam yang terletak di kawasan dermaga Teluk Elliott di Seattle, Washington, Amerika Syarikat.
Di manakah Pike Place Market?
Di Seattle, pada koordinat 47.6094, -122.3417.
Kisahnya
Pike Place Market ialah pasar awam yang terletak di kawasan dermaga Teluk Elliott di Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Ia dibuka pada 17 Ogos 1907 dan merupakan salah satu pasar tani awam tertua yang beroperasi secara berterusan. Dinamai sempena nama jalan raya utama, Pike Place terbentang dari Pike Street ke Virginia Street di barat laut dan merupakan salah satu destinasi pelancong Seattle yang paling popular. Sekitar 10 juta orang pelawat mengunjungi Pike Place Market setiap tahun. Pike Place Market dibina pada tepi bukit yang curam, dan terdiri daripada sebilangan tingkat di bawah tingkat utama yang terletak pada aras jalan raya. Ia merupakan tempat perniagaan kepada banyak petani, tukang, dan pedagang kecil. Setiap tingkat menonjolkan berbagai-bagai kedai yang unik: kedai barang antik, kedai buku komik, restoran milik keluarga, serta salah satu daripada hanya beberapa kedai alatan kanabis yang masih wujud di Seattle. Petani dan tukang tempatan menjual barangan mereka pada sepanjang tahun dari meja yang disewa secara harian, berdasarkan misi dan matlamat Pike Place Market, iaitu membenarkan pengguna "Bertemu dengan Pengeluar".
Berdekatan di Seattle
Gum Wall
160 m dari sini
Seattle Aquarium
240 m dari sini
Seattle Art Museum
370 m dari sini
Seattle Great Wheel
380 m dari sini
Benaroya Hall
390 m dari sini
Rainier Square Tower
500 m dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.