← Mercu tanda di London · Panduan bandar dan peta
Royal Opera House
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español
Jawapan ringkas
Apakah Royal Opera House?
Royal Opera House adalah panggung opera dan tempat persembahan seni utama di bandaraya London, terletak di Covent Garden, terkenal sebagai salah sebuah balai panggung terkemuka dunia.
Di manakah Royal Opera House?
Di London, pada koordinat 51.5131, -0.1228.
Kisahnya
Royal Opera House adalah panggung opera dan tempat persembahan seni utama di bandaraya London, terletak di Covent Garden, terkenal sebagai salah sebuah balai panggung terkemuka dunia. Bangunan yang megah tersergam itu lebih dikenali ramai sebagai "Covent Garden", adalah milik syarikat Royal Opera (nama lama ialah Covent Garden Opera Company), iaitu syarikat induk untuk Royal Opera House, Royal Ballet dan Royal Opera House Orchestra. Pada Oktober 1968, Ratu England memberi kebenaran kepada Covent Garden Opera Company untuk dipanggil sebagai "Royal Opera". Ini adalah sebagai anugerah Diraja di atas kejayaan syarikat tersebut menempah nama dan mendapat pengiktirafan antarabangsa. . Bangunan ini adalah bangunan teater ke-3 didirikan di tapak ini dari tahun 1858, namun kebanyakan dari ciri-ciri yang terdapat kini adalah dari pengubah suaian yang besar dibuat pada tahun 90an. Royal Opera House boleh memuatkan seramai 2,268 penonton yang terdiri dari 4 tingkat kotak penonton, balkoni dan galeri amfiteater. Pentas prosenium rumah opera ini berkeluasan 12.20 m lebar dan 14.80 m tinggi.
Berdekatan di London
Covent Garden
70 m dari sini
St Martin-in-the-Fields
550 m dari sini
Galeri Potret Kebangsaan, London
550 m dari sini
Leicester Square
590 m dari sini
National Gallery
600 m dari sini
Trafalgar Square
670 m dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.