← Mercu tanda di Sandakan · Panduan bandar dan peta
Masjid Daerah Sandakan
Bahasa lain: English · 中文 · Bahasa Indonesia
Jawapan ringkas
Apakah Masjid Daerah Sandakan?
Masjid Daerah Sandakan merupakan salah sebuah masjid yang terletak di Sandakan, Sabah.
Di manakah Masjid Daerah Sandakan?
Di Sandakan, pada koordinat 5.8463, 118.1291.
Kisahnya
Masjid Daerah Sandakan merupakan salah sebuah masjid yang terletak di Sandakan, Sabah. Mula dibina pada tahun 1985 dan siap pada tahun 1989, masjid ini menjadi masjid utama di daerah Sandakan. Pada tahun 1990, masjid ini dibuka secara rasmi. Masjid ini juga berada di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Masjid Daerah Sandakan mula dibina dengan hasrat dan tujuan untuk memberikan kemudahan, khususnya umat islam di sekitar Sandakan bagi menjalankan amal ibadat seperti sembahyang lima waktu, sembahyang Jumaat, sembahyang Hari Raya Aidil Fitri, sembahyang Hari Raya Aidil Adha serta kegiatan keagamaan yang lain. Pembinaan masjid ini menjadi petanda yang baik buat Sandakan kerana mempunyai masjid yang menjadi tempat penyatuan masyarakat Islam dalam segala hal kehidupan sama ada yang berkaitan dengan perkara duniawi mahupun ukhrawi. Pada tahun 2016, masjid ini telah dikunjungi oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis.
Berdekatan di Sandakan
Sandakan Jamek Mosque
1.3 km dari sini
Agnes Keith House
1.5 km dari sini
Tokong Sam Sing Kung
1.7 km dari sini
Gereja St. Michael dan Seluruh Malaikat, Sandakan
1.9 km dari sini
St. Mary's Cathedral
2.1 km dari sini
Tokong Puu Jih Shih
4.9 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.