Landmark Wiki

← Mercu tanda di Seoul · Panduan bandar dan peta

Tembok Kubu Seoul

Bahasa lain: English · 中文 · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español

Tembok Kubu Seoul
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Tembok Kubu Seoul?

Hanyangdoseong (Hangul: 한양도성; Hanja: 漢陽 都城), atau secara harfiah Tembok Kota Seoul adalah siri tembok yang diperbuat daripada batu, kayu dan bahan lain, yang dibina untuk melindungi kota Seoul daripada penceroboh.

Di manakah Tembok Kubu Seoul?

Di Seoul, pada koordinat 37.5729, 127.0085.

Kisahnya

Hanyangdoseong (Hangul: 한양도성; Hanja: 漢陽 都城), atau secara harfiah Tembok Kota Seoul adalah siri tembok yang diperbuat daripada batu, kayu dan bahan lain, yang dibina untuk melindungi kota Seoul daripada penceroboh. Tembok tersebut pertama kali dibina pada tahun 1396 untuk mempertahankan dan memperlihatkan sempadan-sempadan kota, sekitar Hanyang (Hangul: 한양; hanja: 漢陽; nama lama untuk Seoul) semasa Dinasti Joseon . Pada masa itu, ia dipanggil Hansung (hangul: 한성; hanja: 漢城). Tembok tersebut terbentang sepanjang 18.6 km di sepanjang rabung keempat-empat gunung di Seoul iaitu Baegaksan, Naksan, Namsan, dan Inwangsan. Pada masa kini, sebahagian 12 km daripada tembok tersebut ditetapkan sebagai Tapak Bersejarah No. 10 (1963) dan dilindungi dengan sewajarnya, bersama-sama dengan pintu gerbang, pintu air, dan tempat isyarat api. Tembok utara, timur, dan selatan bahagian Gunung Nam (Namsan) telah mengalami kerja pemulihan secara meluas akibat mengalami kerosakan berterusan atau telah musnah sepenuhnya semasa pemerintahan empayar Jepun (1910-1945). Seoul kini membuat lawatan jejak Hanyangdoseong untuk pelancong. Bahagian 1: 4.9 km Bahagian Utara Bukaksan (343m). Hyehwamun ke Changuimun.

Berdekatan di Seoul

Heunginjimun

210 m dari sini

Cheonggyecheon

370 m dari sini

Dongdaemun Design Plaza

670 m dari sini

Changgyeonggung

1.3 km dari sini

Jongmyo

1.3 km dari sini

Changdeokgung

1.6 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.