← Mercu tanda di Seoul · Panduan bandar dan peta
Perkuburan Nasional Seoul
Bahasa lain: English · 中文 · Español
Jawapan ringkas
Apakah Perkuburan Nasional Seoul?
Perkuburan Nasional Seoul (Korea: 국립서울현충원) terletak di Dongjak-dong, Dongjak-gu, Seoul, Korea Selatan.
Di manakah Perkuburan Nasional Seoul?
Di Seoul, pada koordinat 37.4989, 126.9722.
Kisahnya
Perkuburan Nasional Seoul (Korea: 국립서울현충원) terletak di Dongjak-dong, Dongjak-gu, Seoul, Korea Selatan. Apabila ditubuhkan melalui dekri presiden Syngman Rhee pada tahun 1956, ia bertujuan sebagai tanah perkuburan kebangsaan sahaja. Apabila perkuburan mencapai had pada awal tahun 1970-an, Tanah Perkuburan Nasional Daejeon ditubuhkan pada tahun 1976. Kedua-dua tanah perkuburan telah diselia oleh Kementerian Pertahanan (Korea Selatan) hingga tahun 2005 tetapi pada tahun 2006 Perkuburan Nasional Daejeon dipindahkan di bawah Kementerian Patriot dan Hal Ehwal Veteran (Korea Selatan). Perkuburan ini dikhaskan untuk veteran Korea, termasuk mereka yang meninggal dalam pergerakan kemerdekaan Korea, Perang Korea, dan Perang Vietnam. Pada bulan Ogos 2005, kontroversi timbul akibat lawatan delegasi Korea Utara ke tanah perkuburan itu. Delegasi itutersebut diketuai oleh Kim Ki-Nam dengan 182 orang pegawai. Lawatan itu bukan sahaja mencetuskan kemarahan di kalangan mereka yang menentang hubungan baik dengan Utara, tetapi juga membangkitkan kebimbangan bahawa delegasi masa depan dari Selatan mungkin dijangka memberi penghormatan kepada Kim Il-sung di Pyongyang.
Berdekatan di Seoul
Banpo Bridge
2.8 km dari sini
National Museum of Korea
2.9 km dari sini
Taman Peringatan Perang Korea
4.2 km dari sini
Masjid Pusat Seoul
4.4 km dari sini
Mapo Bridge
5.0 km dari sini
Yoido Full Gospel Church
5.6 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.