← Mercu tanda di Shanghai · Panduan bandar dan peta
Muzium Sains dan Teknologi Shanghai
Bahasa lain: English · 日本語 · Español
Jawapan ringkas
Apakah Muzium Sains dan Teknologi Shanghai?
Muzium Sains dan Teknologi Shanghai ialah sebuah muzium besar di Pudong yang berdekatan dengan Taman Century yang merupakan taman terbesar dalam lingkungan kawasan bandar.
Di manakah Muzium Sains dan Teknologi Shanghai?
Di Shanghai, pada koordinat 31.2203, 121.5378.
Kisahnya
Muzium Sains dan Teknologi Shanghai ialah sebuah muzium besar di Pudong yang berdekatan dengan Taman Century yang merupakan taman terbesar dalam lingkungan kawasan bandar. Pusat Century dibina pada tahun 1995 dan Muzium Sains dan Teknologi Shanghai dirancang untuk memenuhi sebelah baratnya sebagai projek utama bagi memasyhurkan ilmu sains di kawasan Delta Yangtze. Bangunan ini bukan sahaja institusi awam, tetapi juga yayasan bawah pentadbiran awam yang dibiayai syarikat swasta di Shanghai. Reka bentuk asal muzium ini diurus Creative Star Digital yang berpusat di Shanghai, dan mereka membuat perancangan supaya tempat ini dapat menampung 2 hingga 3 juta pengunjung setiap tahun. Muzium ini dikhususkan untuk penyebaran ilmu sains dengan tema keharmonian antara "alam sekitar, manusia dan teknologi". Muzium ini dibuka dari 0900 hingga 1715. Muzium Sains dan Teknologi Shanghai merupakan sebuah perhentian di Gerabak 2 Stesen Kereta Api Shanghai. Video promosi untuk Pameran Sedunia Shanghai pada tahun 2010 menampilkan beberapa adegan yang menunjukkan tempat di dalam dan sekitar muzium ini.
Berdekatan di Shanghai
Shanghai New International Expo Center
2.6 km dari sini
Nanpu Bridge
3.8 km dari sini
Yangpu Bridge
4.2 km dari sini
Xiaotaoyuan Mosque
4.5 km dari sini
Shanghai Jewish Refugees Museum
4.7 km dari sini
Menara Oriental Pearl
4.7 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.