← Mercu tanda di Nara · Panduan bandar dan peta
Tōdai-ji
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español
Jawapan ringkas
Apakah Tōdai-ji?
Tōdai-ji (東大寺) ialah kompleks kuil Buddha yang terletak di bandar Nara, Jepun.
Di manakah Tōdai-ji?
Di Nara, pada koordinat 34.6892, 135.8397.
Kisahnya
Tōdai-ji (東大寺) ialah kompleks kuil Buddha yang terletak di bandar Nara, Jepun. Berada di timur laut Taman Nara, ia pernah menjadi salah satu daripada Tujuh Kuli Besar dan merupakan kuil utama bagi ajaran Kegon. Kuil ini didirikan pada abad ke-8 (zaman Nara) oleh Maharaja Shōmu dan ia juga menempatkan patung gangsa Buddha Vairocana yang terbesar di dunia. Nama lain Tōdai-ji adalah "Konkōmyō shitennō gokuku no tera" (金光明四天王護国之寺). Kuil ini disebut Tōdai-ji (secara harfiah bermaksud "kuil timur besar") kerana ia terletak di timur ibu kota Heijō-kyō. Tōdai-ji bersama dengan 7 lokasi lain yang disebut bangunan bersejarah di kota lama Nara merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pada zaman Nara, kuil ini dibina sebagai kuil berskala besar. Selain daripada Dewan Buddha Besar (大仏殿, Daibutsuden) yang berisi Daibutsu (大仏), di sebelah timur dan barat kuil, terdapat pagoda 7 tingkat dengan ketinggian kira-kira 100 meter (330 ka). Namun sejak zaman Heian, sebahagian besar bangunan sudah habis terbakar sebanyak dua kali akibat peperangan. Bangunan yang masih bersisa dari zaman Nara hanya sebahagian daripada bahagian asas Daibutsu.
Berdekatan di Nara
Shōsōin
320 m dari sini
Isui-en
430 m dari sini
Nara National Museum
680 m dari sini
Kōfuku-ji
1.0 km dari sini
Taman Nara
1.0 km dari sini
Kasuga-taisha
1.2 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.