← Mercu tanda di Aswan · Panduan bandar dan peta
Kios Traianus
Bahasa lain: English · Español
Jawapan ringkas
Apakah Kios Traianus?
Kios Traianus, juga dikenali sebagai Katil Firaun (Arab: سرير فرعون) oleh penduduk tempatan, ialah sebuah kuil terdedah yang kini terletak di Pulau Agilkia di selatan Mesir.
Di manakah Kios Traianus?
Di Aswan, pada koordinat 24.0251, 32.8846.
Kisahnya
Kios Traianus, juga dikenali sebagai Katil Firaun (Arab: سرير فرعون) oleh penduduk tempatan, ialah sebuah kuil terdedah yang kini terletak di Pulau Agilkia di selatan Mesir. Binaan yang tidak siap tersebut dikatakan adalah untuk Traianus, maharaja Rom dari 98 hingga 117 TM, kerana terdapat gambarnya sebagai firaun pada beberapa ukiran di bahagian dalaman. Walau bagaimanapun, sebahagian besar strukturnya berasal dari masa yang lebih awal, mungkin pemerintahan Augustus. Kuil ini pada asalnya dibina di pulau Filae, berhampiran Empangan Aswan rendah, dan berfungsi sebagai pintu masuk utama ke Kompleks Kuil Pulau Filae dari sungai Nil. Ia telah dipindahkan ke Pulau Agilika pada tahun 1960-an sebagai sebahagian daripada Kempen Antarabangsa untuk Menyelamatkan Monumen Nubia untuk menyelamatkannya daripada peningkatan air Sungai Nil selepas pembinaan Empangan Tinggi Aswan. Kios 15 x 20 meter berketinggian 15.85 meter; fungsinya mungkin "untuk menumpangkan tongkang-tongkang Isis di tebing timur" pulau Filae. Tiangnya yang berukuran 4 x 5 masing-masing mempunyai "kepala tiang komposit yang berbeza dan berstruktur mewah dengan tembok sambut setinggi 2.
Berdekatan di Aswan
Agilkia Island
50 m dari sini
Kompleks kuil Filae
680 m dari sini
Aswan Low Dam
2.1 km dari sini
Famine Stela
3.8 km dari sini
Sehel Island
4.0 km dari sini
Saluga and Ghazal Protectorate
5.1 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.