← Mercu tanda di Kampala · Panduan bandar dan peta
Masjid Negara Uganda
Bahasa lain: English · 한국어 · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Masjid Negara Uganda?
Masjid Negara Uganda ialah masjid yang terletak di Bukit Kampala di kawasan Kampala Lama Kampala, Uganda.
Di manakah Masjid Negara Uganda?
Di Kampala, pada koordinat 0.3155, 32.5686.
Kisahnya
Masjid Negara Uganda ialah masjid yang terletak di Bukit Kampala di kawasan Kampala Lama Kampala, Uganda. Siap pada tahun 2006, masjid ini dapat menampung sehingga 15,000 orang jemaah dan dapat menampung 1,100 orang lagi di galeri, manakala teres dapat memenuhi 3,500 orang lagi. Kolonel Muammar Gaddafi dari Libya menugaskan masjid ini sebagai hadiah kepada Uganda, dan untuk kebaikan masyarakat Islam. Uganda mempunyai banyak masjid tetapi yang ini yang satu-satunya masjid pencakar langit. Masjid yang siap dibuka rasminya pada bulan Jun 2007 di bawah nama Masjid Negara Gaddafi, dan menempat ketua pejabat Majlis Tertinggi Muslim Uganda. Masjid ini telah dinamakan semula dengan nama "Masjid Negara Uganda" pada tahun 2013 berikutan kematian Kolonel Gaddafi kerana pentadbiran Libya yang baharu "berat hati memulihkan masjid berkenaan di bawah nama lama."
Berdekatan di Kampala
Fort Lugard
110 m dari sini
Watoto Church
800 m dari sini
Namirembe Cathedral
990 m dari sini
Aga Khan Mosque
1.2 km dari sini
Bulange
1.3 km dari sini
Grand Imperial Hotel
1.4 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.