← Mercu tanda di Singapura · Panduan bandar dan peta
Panggung dan Dewan Konsert Victoria
panggung dan dewan konsert di Singapura
Bahasa lain: English · 中文 · 한국어 · Español
Jawapan ringkas
Apakah Panggung dan Dewan Konsert Victoria?
Panggung dan Dewan Konsert Victoria adalah sebuah pusat seni pentas yang berada di 9 Empress Place di Kawasan Tengah, Singapura.
Di manakah Panggung dan Dewan Konsert Victoria?
Di Singapura, pada koordinat 1.2882, 103.8516.
Kisahnya
Panggung dan Dewan Konsert Victoria adalah sebuah pusat seni pentas yang berada di 9 Empress Place di Kawasan Tengah, Singapura. Ia merupakan sebuah kompleks dua bangunan dan menara jam yang bergabung bersama oleh koridor sepunya. Bahagian tertua bangunan itu pertama kali dibina pada tahun 1862, dan kompleks itu siap dibina pada tahun 1909. Kompleks tersebut juga melalui beberapa proses pengubahsuaian dan pembaikan, yang terbaru adalah pada 2010 apabila kompleks itu ditutup untuk projek ubah suai selama empat tahun. Ia dibuka semula pada 15 Julai 2014. Bangunan-bangunan di situ telah digunakan untuk beberapa tujuan, seperti acara-acara awam, mesyuarat politik, pameran, persembahan pentas dan muzikal. Dewan konsert digunakan sebagai tempat persembahan oleh Orkestra Simfoni Singapura (SSO), dan kompleks itu diuruskan oleh The Esplanade Co Ltd. Panggung dan Dewan Konsert Victoria diwartakan sebagai monumen nasional pada 14 Februari 1992.
Berdekatan di Singapura
Muzium Tamadun Asia
90 m dari sini
Cavenagh Bridge
200 m dari sini
Galeri Nasional Singapura
250 m dari sini
The Fullerton Hotel Singapore
290 m dari sini
Merlion
360 m dari sini
Taman Merlion
360 m dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.