← Mercu tanda di Libya · Panduan bandar dan peta
Pergunungan Akakus
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Pergunungan Akakus?
Pergunungan Akakus atau Tadrart Akakus (Arab: تدرارت أكاكوس / ALA-LC: Tadrārt Akākūs) membentuk sebuah gunung di padang gurun Daerah Ghat di Libya barat iaitu sebahagian daripada Sahara.
Di manakah Pergunungan Akakus?
Di Libya, pada koordinat 24.8333, 10.3333.
Kisahnya
Pergunungan Akakus atau Tadrart Akakus (Arab: تدرارت أكاكوس / ALA-LC: Tadrārt Akākūs) membentuk sebuah gunung di padang gurun Daerah Ghat di Libya barat iaitu sebahagian daripada Sahara. Ia terletak di timur bandar Ghat, Libya dan di utara dari sempadan dengan Algeria, kira-kira 100 kilometer (62 batu). Tadrart merupakan nama feminin untuk "gunung" dalam bahasa Barbar (maskulin: adrar). Kawasan ini mempunyai pelbagai seni batu prasejarah yang kaya. Tadrat Akakus mempunyai variasi landskap yang besar, dari bukit-bukit hingga ke gerbang, gaung, batu-batu dan wadi (jurang) yang dalam. Mercu tanda utama termasuk gerbang Afzejare dan Tin Khlega. Walaupun kawasan ini merupakan salah satu kawasan gersang di Sahara, ia mempunyai tumbuh-tumbahan seperti pohon ubat Calotropis procera dan beberapa mata air dan telaga di pergunungan. Kawasan ini terkenal dengan seni batunya dan diiktiraf sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985 kerana kepentingan lukisan dan ukirannya. Lukisan-lukisan seawal 12,000 BCE sehingga 100 CE dan menggambarkan perubahan budaya dan semula jadi di kawasan tersebut.
Berdekatan di Libya
Old town of Ghadames
594.9 km dari sini
Archaeological Site of Sabratha
911.1 km dari sini
Leptis Magna
949.6 km dari sini
Cyrene
1430.3 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.