← Mercu tanda di India · Panduan bandar dan peta
Gua Ajanta
gua kuil Buddha purba di Maharashta, India
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Gua Ajanta?
Gua Ajanta merupakan tapak gua kuil batu yang terkenal di India.
Di manakah Gua Ajanta?
Di India, pada koordinat 20.5533, 75.7003.
Kisahnya
Gua Ajanta merupakan tapak gua kuil batu yang terkenal di India. Ia memiliki sekitar 30 buah gua yang ditebuk kedalam batu granite oleh penganut Buddha pada sekitar kurun kedua B.C.E. dan kurun ke tujuh C.E.. Gua Ajanta terletak di selekoh luar Sungai Wagora dalam negeri Maharashtra. Gua-gua granite itu dihiasi dengan lukisan fresko dan ukiran Buddha yang telah tersembunyi di dalam hutan dan ditinggalkan selama lebih dari satu dekad. Ia kemudiannya dijumpai selepas ditinggalkan lebih dari satu dekad pada awal kurun ke-19. Sejak tahun 1844, pengarah Syarikat India Timur telah menggesa kerajaan British untuk mengekalkan dan merekod gua-gua teresbut, dan Kapten Gill telah ditugaskan bagi merekod gambar-gambar tersebut. Pada masa yang sama, Sir Alexander Cunningham menulis bahawa kuil tersebut memiliki harta sejarah yang patut dibongkar dan dianalisa. Kuil-kuil Ajanta, walaupun telah dijarah dan dimusnahkan, merupakan permata dalam mahkota kesenian ugama Buddha. Gua-gua tersebut membentuk caityas (tempat pengabadian) dan viharas (monastari), dipenuhi ukiran dan dihiasi dengan lukisan fresko yang menggambarkan gambaran dalam kehidupan Buddha.
Berdekatan di India
Ellora Caves
80.0 km dari sini
Maratha Military Landscapes of India
183.9 km dari sini
Champaner-Pavagadh Archaeological Park
310.3 km dari sini
Pelindung batuan Bhimbetka
330.7 km dari sini
Kas Plateau Reserved Forest
371.7 km dari sini
Sanchi Stupa
387.3 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.