← Mercu tanda di Poland · Panduan bandar dan peta
Kem tahanan Auschwitz
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Kem tahanan Auschwitz?
Auschwitz-Birkenau () ialah kem tahanan terbesar yang dibina pihak Jerman Nazi.
Di manakah Kem tahanan Auschwitz?
Di Poland, pada koordinat 50.0358, 19.1783.
Kisahnya
Auschwitz-Birkenau () ialah kem tahanan terbesar yang dibina pihak Jerman Nazi. Tapaknya terletak di negara Poland, kira-kira 50 kilometer di barat bandar Kraków dan 286 kilometer di selatan bandar raya Warsaw. Nama kem ini bersempena pekan Oświęcim yang berhampiran. Nama Birkenau pula diterjemah dari Brzezinka, iaitu menyentuh pokok-pokok birch yang mengelilingi tapak tersebut. Berikutan serangan Jerman terhadap Poland pada September 1939, Oświęcim diilhak oleh Jerman lalu diberi nama Auschwitz dalam bahasa Jerman. Komandan kem Rudolf Hess memberi keterangan di Perbicaraan Nuremberg, bahawa sebanyak 3 juta orang mati di Auschwitz. Muzium Negeri Auschwitz-Birkenau pula membetulkan jumlahnya kepada 1.1 juta, 90% daripadanya berketurunan Yahudi dari merata Eropah. Kebanyakan mangsa dibunuh dengan tersedut gas Zyklon B di bilik-bilik gas Auschwitz II; tidak pun mereka mati akibat dibiarkan kebuluran, buruh paksa, ketiadaan kawalan penyakit, hukuman mati secara individu, dan kononnya "eksperimen perubatan". Pada tahun 1947, sebagai tanda mengingati mangsa-mangsa, Poland menubuhkan muzium di tapak kem tumpuan Auschwitz.
Berdekatan di Poland
Wooden Tserkvas of the Carpathian Region in Poland and Ukraine
144.3 km dari sini
Wooden churches of Southern Lesser Poland
150.6 km dari sini
Centennial Hall (Wrocław)
190.3 km dari sini
Churches of Peace
239.6 km dari sini
Old City (Zamość)
299.6 km dari sini
Medieval Town of Toruń
333.0 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.