Landmark Wiki

← Mercu tanda di Lubnan · Panduan bandar dan peta

Baalbek

bandar di Lubnan

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Baalbek
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Baalbek?

Baalbek (; Arab: بَعْلَبَكّ, rumi: Baʿlabakk; Syriac-Aramaic: ܒܥܠܒܟ) merupakan sebuah bandar yang terletak di timur Sungai Litani di Lembah Beqaa di Lubnan, kira-kira 67 km (42 bt) timur laut Beirut.

Di manakah Baalbek?

Di Lubnan, pada koordinat 34.0063, 36.2073.

Kisahnya

Baalbek (; Arab: بَعْلَبَكّ, rumi: Baʿlabakk; Syriac-Aramaic: ܒܥܠܒܟ) merupakan sebuah bandar yang terletak di timur Sungai Litani di Lembah Beqaa di Lubnan, kira-kira 67 km (42 bt) timur laut Beirut. Ia adalah ibu kota Kegabenoran Baalbek-Hermel. Pada tahun 1998, Baalbek mempunyai populasi 82,608, kebanyakannya Muslim Syiah, diikuti oleh Muslim Sunni dan Kristian. Pekan ini terkenal dengan tapak bersejarah dan tarikan pelancong, termasuk beberapa kuil Rom purba, Masjid Besar dari zaman Umayyah, dan tapak kuari Rom bernama Hajar al-Hibla. Baalbek mempunyai sejarah yang bermula sekurang-kurangnya 11,000 tahun, merangkumi zaman penting seperti zaman Prasejarah, Kanaan, Helenistik dan Rom. Selepas Alexander the Great menakluki kota itu pada 334 SM, dia menamakannya Heliopolis (Ἡλιούπολις, bahasa Yunani untuk "Kota Matahari"). Kota ini berkembang pesat di bawah pemerintahan Rom. Walau bagaimanapun, ia mengalami transformasi semasa zaman Kristianisasi dan kebangkitan Islam seterusnya selepas penaklukan Arab pada abad ke-7.

Berdekatan di Lubnan

Temple of Jupiter (Baalbek)

370 m dari sini

Beaufort Castle

98.3 km dari sini

Cathedral of the Holy Cross, Tyre

124.4 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.