← Mercu tanda di Tanah Tinggi Cameron, Pahang · Panduan bandar dan peta
Tanah Tinggi Cameron
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · Bahasa Indonesia · தமிழ்
Jawapan ringkas
Apakah Tanah Tinggi Cameron?
Tanah Tinggi Cameron (Inggeris: Cameron Highlands) merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia.
Di manakah Tanah Tinggi Cameron?
Di Tanah Tinggi Cameron, Pahang, pada koordinat 4.5000, 101.5000.
Kisahnya
Tanah Tinggi Cameron (Inggeris: Cameron Highlands) merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C. Tanah Tinggi Cameron dinamakan sempena Sir William Cameron, seorang ahli geologi dan juruukur British yang mula menerokai kawasan ini sekitar tahun 1885. Pada ketika itu beliau juga melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak. Terdapat tiga mukim dalam daerah Cameron Highland iaitu Ringlet (5,165 hektar), Tanah Rata (2,081 hektar) dan Ulu Telom (63,981 hektar). Manakala terdapat beberapa bandar dan pekan seperti Ringlet, Tanah Rata (pusat pentadbiran tempatan), Brinchang, Lembah Bertam, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja. Terletak di bahagian barat laut negeri Pahang, jarak Tanah Tinggi Cameron dengan beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur dianggarkan sejauh lebih kurang 200 kilometer, 355 kilometer dari Kuantan atau 90 kilometer dari bandar Ipoh, Perak.
Berdekatan di Tanah Tinggi Cameron, Pahang
Stesen Janakuasa Ulu Jelai
11.0 km dari sini
Time Tunnel
12.0 km dari sini
Gunung Berinchang
12.3 km dari sini
Gereja All Souls', Cameron Highlands
13.4 km dari sini
Gunung Irau
15.2 km dari sini
Gunung Yong Belar
22.7 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.