← Mercu tanda di Sepanyol · Panduan bandar dan peta
Gua Altamira
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · தமிழ் · Español
Jawapan ringkas
Apakah Gua Altamira?
Gua Altamira (Sepanyol: Cueva de Altamira Sebutan Sepanyol: [ˈkweβa ðe altaˈmiɾa]) ialah sebuah kompleks gua berdekatan petempatan Santillana del Mar di Cantabria, Sepanyol.
Di manakah Gua Altamira?
Di Sepanyol, pada koordinat 43.3825, -4.1203.
Kisahnya
Gua Altamira (Sepanyol: Cueva de Altamira Sebutan Sepanyol: [ˈkweβa ðe altaˈmiɾa]) ialah sebuah kompleks gua berdekatan petempatan Santillana del Mar di Cantabria, Sepanyol. Gua ini dikenali kerana memiliki lukisan gua prasejarah yang menampilkan lukisan arang dan polikrom haiwan dan tangan manusia. Lukisan terawal ditarikh pada Paleolitik Atasan sekitar 36,000 tahun lalu. Tapak ini dijumpai Modesto Cubillas pada 1868 dan dikaji oleh Marcelino Sanz de Sautuola. Di samping kualitinya yang menonjol, kemasyhuran Altamira juga berasaskan fakta bahawa lukisan ini merupakan lukisan gua Eropah pertama yang disahkan memiliki usul prasejarah. Sautuola menerbitkan kajiannya dengan dukungan Juan de Vilanova y Piera pada 1880 dengan sambutan awam. Namun begitu, penerbitan kajiannya menerbitkan kontroversi dalam kalangan pakar, dengan sesetengah pakar menolak usul prasejarah lukisan itu berdasarkan tanggapan bahawa manusia prasejarah tidak memiliki daya pemikiran abstrak. Isu ini berlarutan hingga 1902 dengan penemuan-penemuan serupa di kawasan sekitar, menyebabkan bukti mereka tidak boleh ditolak.
Berdekatan di Sepanyol
Cave of Altamira and Paleolithic Cave Art of Northern Spain
590 m dari sini
Katedral Saint Mary di Burgos
120.7 km dari sini
Archaeological site of Atapuerca
124.6 km dari sini
Monasteries of San Millán de la Cogolla
155.8 km dari sini
Routes of Santiago de Compostela: Camino Francés and Routes of Northern Spain
185.6 km dari sini
Las Médulas
238.2 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.