Landmark Wiki

← Mercu tanda di Perancis · Panduan bandar dan peta

Gua Chauvet

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Gua Chauvet
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Gua Chauvet?

Gua Chauvet-Pont-d'Arc di jabatan Ardèche, Perancis Selatan, merupakan gua yang mengandungi antara lukisan gua figuratif yang paling elok terpelihara di dunia, di samping bukti-bukti lain kehidupan Paleolitik Awal.

Di manakah Gua Chauvet?

Di Perancis, pada koordinat 44.3875, 4.4142.

Kisahnya

Gua Chauvet-Pont-d'Arc di jabatan Ardèche, Perancis Selatan, merupakan gua yang mengandungi antara lukisan gua figuratif yang paling elok terpelihara di dunia, di samping bukti-bukti lain kehidupan Paleolitik Awal. Letaknya berdekatan komun Vallon-Pont-d'Arc di atas tanjung batu kapur di atas bekas tebing Sungai Ardèche, di Gorges de l'Ardèche. Ditemui pada 18 Disember 1994, ia dianggap antara tapak seni prasejarah yang paling signifikan, malah agensi kebudayaan PBB UNESCO mengurniakan status Warisan Dunia kepadanya pada 22 Jun 2014. Gua ini mula-mula dijelajahi oleh sekumpulan tiga orang ahli speleologi: Eliette Brunel-Deschamps, Christian Hillaire, dan Jean-Marie Chauvet yang memberikan nama gua itu. Chauvet mempunyai catatan terperinci mengenai penemuan ini. Selain lukisan dan bukti kemanusiaan lain, juga terdapat tinggalan fosil, teraan dan jejak-jejak pelbagai haiwan yang antaranya sudah pupus. Kajian selanjutnya oleh ahli arkeologi Perancis, Jean Clottes banyak mendedahkan tentang gua tersebut. Tawarikhnya masih dipertikaikan tetapi kajian terbitan 2012 menyokong bahawa seni guanya datang dari zaman Aurignasia kira-kira 32,000–30,000 juta tahun dahulu.

Berdekatan di Perancis

Causses and Cévennes

77.2 km dari sini

Arles, Roman and Romanesque Monuments

80.8 km dari sini

Hautecombe Abbey

188.6 km dari sini

Canal du Midi

254.7 km dari sini

Prehistoric Sites and Decorated Caves of the Vézère Valley

266.9 km dari sini

Climats, terroirs of Burgundy

299.0 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.